Entry pertama dalam tahun 2011.. Hoye!!!!! Alhamdulillah aku masih lagi dapat meneruskan aktiviti berblogging.. sayang blog nih.. mmuuaah skit!!♥
Korang happy tak masuk tahun baru ni?? Ada yang sedih² tak??
Huhuhu hope semua gembira eh.. kerana aku juga gembira.. tahun baru.. hope hidup yang baru... kenangan yang baru, dugaan yang baru.. huhuhuh... semua baru laa.. kalau boleh nak tukar kereta baru.. tempat kerja baru.. gaji baru...bf baru.. opss.!!
hehehe adess cari nahas kan.. ^_^
Bukan nak lupakan terus apa yang jadi pada 2010, tapi mana yang kenangan manis akan sentiasa terpahat dalam hati aku. Kenangan pahit pulak usah lagi di kenang... tak dapat apa pun.. hohoho kerana semua tu buat aku tak boleh nak teruskan hidup dengan gembira ..
semua dugaan yang aku lalui aku pelajari dan semua kesilapan yang pernah aku lakukan takkan aku ulangi..
Ada macam lirik lagu tak? tetiba kan..emo..
Aku pasti korang dah set kan azam apa kan untuk tahun ni. Aku banyak azam... duk kumpul dari tahun² yang lepas...
So dari banyak² azam aku secara kesimpulannya aku akan jadikan tahun baru ni sebagai langkah pertama aku untuk menjadi insan yang lebih baik, lebih cemerlang, lebih terbilang dan lebih segalanya dari sebelumnya..
lebih berat badan je tak mau.. yang lain ok...
Selamat tahun baru aku ucapkan untuk semua!
ops dan..
Mohon ampun dan maaf andai aku ada menyakiti hati sesiapa di luar sana...















