Blogger Tegar

16 February, 2011

Saiko Yang Hodoh



Khas buat si Saiko Hodoh.. ( mesti blur kan.. refer entri tajuk Serius bangang)

Sebelum aku taip panjang lebar.. aku nak mintak maaf... aku tak de pic baru nak letak.. so tak dapat la ko nak curi untuk update kat tagged.. tapi maybe ko leh try laa cari kat facebook member² aku... mungkin ada gambar terkini n tersensasi...  Ko pun memang tak de kerja sangat kan... kerja full time ko suka menyusahkan orang .. betul tak? (hmmm.. sangat mencabar kerja ko tu)

Thanks juga buat  ko sebab bagi aku rasa macam mana bila jadi famous.. memang best ! And ekceli tak memberi kesan pun kat aku.. sebab aku boleh ignore semua benda tu... tapi sebab kan ko ni memang ada gila yang terpendam .. so ko nak susahkan aku lagi dengan bagi plak no phone rumah family aku plak... Nice....

Dalam tak sedar ko ada tertinggal bahan bukti yang aku dapat trace.. and aku tau siapa ko..  hahhaa sebab aku ni bukan macam ko saiko plus bodoh... aku akan buat benda ni perlahan² so that ko leh enjoy moment ko oke.. lagi pun tak lama lagi ko ada big event kan... so aku bagi lepas dulu laa semua tuh...

Ha.. sebelum aku end kan entri ini...aku ucapkan ko bahagia la dengan apa jua yang ko buat sekarang... btw aku agak simpati la pada yang bersama dengan ko.. sebab.. ko hodoh.. bodoh.. and saiko.. serius kombinasi yang sangat teruk!

And untuk kengkawan blogger aku... apa pendapat korang kan.. apakah hukuman yg sepatutnya si saiko ni dapat eh di atas, mencuri gambar, buat akaun palsu, sebarkan info peribadi aku dan memburuk² kan aku..

06 February, 2011

Blogwalking

Argghhhhhh , beshnya dapat menggeliat (tak senonoh kan).. korang rasa tak bahagia yang aku rasa... Makan, tido, tengok TV , tido balik, makan balik.Waaa best siot... Kan best kalau selalu dapat cuti lama² camni... aku rasakan dunia ini aku yang punya!! Hohohoh..

Ops lupa plak, nak ucap Selamat Tahun Baru Cina!! Gong Xi Fa Chai!! 

Alrite..sebagai blogger yang masih mentah, mungkin pengalaman or knowledge aku tak banyak seperti blogger² otai dan tegar yang lain.. Kalau nak bukak entri pasal macam mana blog leh jadi femes aku tak layak.. tapi entri kali ni just nak share and berkongsi pendapat ngan korang semua tentang adat bertandang dan menziarah ke blog teman² yang lain. Ada adat ke?

Ala, macam adat masuk n menziarah rumah orang.. takkan main redah je kan.. apa kes? kang orang kata ko nak menyamun plak.. So aku rasa dalam berblogging pun sama... If kita jaga adat² ni aku percaye blog korang akan sentiasa di singgahi.. chewaahh... apa aku merepek ni weyh!!

Aku rasa pada awal² aku berblogging..aku nak ramai follower... Hari² aku follow orang.. and aku harap orang follow aku balik.. Selalunya aku letak kat shoutbox la kan.. " i dah follow u.. nanti u follow i balik k..thanks" or " nice blog, follow kamu" ... ha.. kata la korang tak pernah buat kan.. hehehe.. kalau blog yang takde shoutbox komfem aku blah.. Setakat singgah cari shoutbox bukan nak baca entri ke apa.. aihh.. tak senonoh kan buat perangai camtuh.. isk.. isk.. anak sapa laa ni..

Tapi itu mula², masa zaman kurang ilmu di dada.. Lama² aku fikir macam tak best laa pulak, ada follower ramai tapi bukan depa baca pun semua entri kita.. betul tak? So apa guna ko perah otak pikir nak update apa kat blog.. tak berbaloi-baloi kan.. hehehe 

Jadi aku rasa the proper way dalam adat berblogwalking adalah.. yang sebaiknya lah.. bagi pendapat aku la ye kawan².. 

1. Profile blogger - Penting, sebab selalunya dari profile tu leh menggambarkan blogger tu.. btul tak? Leh  kenal²...

2. Latest entri - Aku paham, ada yang pemalas nak baca... lebih² kalau entri panjang cam aku ni.. hohoho.. tapi apa salahnya korang baca topik dia kalau rasa berminat  dan menarik then baca la sampai abes kalau korang rajin if tak baca perenggan awal then akhir.. So at least korang leh paham apa yang blogger tu cuba nak sampaikan..

3. Komen - ha.. ni penting..komen laa walaupun sedikit, menunjukkan kehadiran korang dan kesudian korang membaca entri. Kalau leh komen² yang baik dan buat blogger rasa lebih bersemangat untuk berblog.. heheh jangan bagi komen yang leh buat orang down.. serius tak bagus!

4. Follow - Ini kalau korang rasa memang blog ni menarik tertarik da bomb di hati korang , korang follow laa senang nak keep in touch kan.. Lain kali korang leh singgah lagi..

4 Steps ni aku selalu buat waktu aku berblogwalking, and sudah pasti tujuan aku buat tu nak promote blog aku kan.. Yelah if korang buat benda yang sama.. aku percaya orang lain pun akan buat benda yang sama kat korang.. betul tak? 

Dengan itu,baru leh kita leh melahirkan budaya berblogging yang sehat... ececehh!!

Tak dapat tangkap gambar ngan artis terkenal ngan Pak Jabit pun jadilah..( Hantu Kak Limah Balik Rumah) hehehe... saja nak tayang kat korang.. adeh!