Blogger Tegar

29 December, 2010

Kekasih Bruno Mars @ Malaysia!!


Petaling Jaya: " Bruno Mars pakwa aku la, dia kata aku girlfriend dia yang pertama dan terakhir"  kata seorang wanita ,Dayah,24 dari Jalan Tandang, setelah ditemu ramah membuat pengakuan bahawa beliau adalah kekasih Bruno Mars yang hensem lagi suara sedap tu, kira-kira jam 10.30pagi tadi. 

Dayah di temui  membuat penyataan menaip melalui statusnya di Yahoo Messenger  "betol la waniee.. bruno marss tue pakwe akakk" akibat dari salah paham dan perebutan yang berlaku antara rakan sekerja yang juga turut mengaku adalah kekasih Bruno Mars. 

Katanya, seorang rakan sekerja beliau  yang sering menggangu dan memberitahu bahawa penyanyi tersebut juga adalah kekasih kepada Bruno Mars dan memintanya untuk tidak mengganggu hubungan mereka membuatkan dia bertindak membuat pengakuan secara terbuka. 

Bruno Mars atau nama sebenar beliau Peter Gene Hernandez, 25, adalah seorang penyanyi , penulis dan penerbit di Amerika Syarikat. Dibesarkan di Honolulu, Hawaii oleh keluarga yang juga ahli muzik tidak mahu membuat sebarang penyataan berkenaan benar atau tidak dia mempunyai kekasih di Malaysia 


Sumber gambar: google dan Fesbuk.

notakaki: jangan marah dayah.. gurau² je.. mane tau bruno bace kot .. hahahahah hanya gurauan semata-mata tidak ada kena mengena ngan bruno mars.. hahahhaah


22 December, 2010

Saya Gay, Korang ok tak?

Salam semua!

Waaa tak boleh blah tajukkan..Ni baru je lepas usha beutifulnara.. sekali nampak tajuk  "Saya gay,Saya Ok".. Dengan pantas aku klik !! Hohohoh... aku mula² ingat Azwan Hj Ali, tapi rupanye Azwan Ismail.. korang kenal dia tak.. seorang lelaki yang berumur 32 tahun.. seorang enggineer , penulis dan peng "gay" (ada ke ayat cam tuh).

Aku rasa korang semua mesti dah tau kan.. aku je yang lambat aku jarang tau kesah² panas nih.. MELODI pun jarang aku tengok.. so memang agak cetek laa pengetahuan aku bab ni.. hahaha.. tapi sebab tadi aku busan so aku pun saja laa masuk beutifulnara sebab housemate aku  selalu cerita dia dapat tau pasal gosip itu ini dari beutifulnara.

Ermm tak pelik pun ramai je orang gay kat atas bumi ni btul tak, cuma aku tak pernah plak ada yang buat pengakuan nih..(sebab aku jarang baca cerita² camni.. ades) Ape kes eh dia nak buat pengakuan? nak bagitau kat semua persatuan gay sedunia yang dia gay ke? Supaya secara tidak lansungnya, kalau ada gay yang len yang kesunyian boleh menghubungi beliau.. macam tu ke??

Aku selalu pikir dalam kepala otak aku kalau gay selalunya yang kacak², muka jambu... tapi  Azwan Ismail.. erm.. erm..

Azwan Ismail yang dah femes..

Erm.. apa la agaknya dia rasa eh lepas buat pengakuan camni.. Proud to be malaysian ke?? 

Di bawah adalah salah satu cara mengenali diri sama anda gay atau tidak?

Ok, apa tunggu lagi check laa.. sapa yang jari dia cam belah kanan bagitau aku eh.. hohoho aku ingin mengenali diri mu hahahaha..

notakaki:aku check jari aku belah kanan.. asal same eh.. belah kiri tak plak.. huhuhu 

17 December, 2010

Penjual Gadis Di cari!

Salam Semua ♥!!

Entry kali ni tak nak menaip panjang² sebab aku dah ngantuk .. Penat tengok kat internet ni kerja kosong... so dalam tengah aku mencari aku jumpa la jawatan kosong baik punya!!

Siap ada gambar lagi ni nak tunjuk kat korang... siyes ada! kalau ada sesiapa yang berminat boleh laa menghubungi Mr Kelvin eh.. hahahahah adeh..


Ada sesiapa yang berminat??

To: Mr Kelvin.. lu btul2 mau penjual gadis ka?

13 December, 2010

Kemurungan Ringan, Anzieti Sederhana, Stres Teruk!!

Salam Semua ♥!!

Ha.. panjang tak tajuk entry aku..hohoh.. tuh bukan saja nak buh tajuk panjang² saja nak bagi orang tertarik menarik nak baca... yeke? konfiden je aku kan..

Tadi sembang ngan akak kat opis aku nih.. dah lama dah tak berchatting ngan dia kat ym.. Chat punya chat dia kate kat aku.. "bella cuba buat test tengok ade sakit mental ke tak?" (lebih kurang macam ni laa ayat nya)

aih... mesti korang pelik kan nape die suh aku buat test.. dengan dia aku selalu ngadu macam² memang kalo ade problem ke ape ke.. die salah satu tempat rujukan aku.. hahahaha.. so dia nampak macam aku dah tak betul gamaknya.. jadi die suh try laa buat test kesihatan mental nih...

Die bagi aku link nih.. KLIK DISINI

Dia bagitau aku die bace dalam paper.. bagitau yang 3 juta penduduk Malaysia mengalami sakit mental.. hohoho.. so aku try laa nak buat mana tau dalam tak sedar aku gila ke ape kan...Setelah aku menjawab dengan sejujurnya test dari kementerian kesihatan nih.. keputusannya adalah...

 Korang leh nampak tak?

Kalau tak nampak walaupun setelah diklik gambar tuh.. meh aku cerita ape resultnya.. menurut dari hasil test yang aku buat.. hehehe hasil penilaian mengatakan yang aku ada mengalam Kemurungan RINGAN, Anzieti SEDERHANA dan Stres TERUK..

dan ade tambahan lagi.. " Anda sedang mengalami stres yang mungkin boleh menjejaskan kehidupan seharian anda. Anda perlu tingkatkan kemahiran daya tindak anda. Anda perlu berkongsi masalah anda dengan orang lain atau mendapatkan khidmat bantuan profesional."


Hohoh..  dalam tak sedar walaupun aku rasa aku dah kurang stress berbanding dulu.. aku still mengalami stress yang teruk secara tidak sedar.. kemurungan pun ada.. tak tau nape.. aku pun tak bape nak paham... So seperti yang dinasihatkan aku akan meningkatkan lagi kemahiran daya tindak aku.. supaya tidak menjejaskan kehidupan seharian aku.. hahaha..ades...

Korang pun jangan tak try oke.. mane laa tau korang mengalami sakit mental.. kalau tak bagus! hehehe 

12 December, 2010

Aku sudah Tua!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ini 12 Disember genap la 25 tahun aku hidup di muka bumi ni... Alhamdulillah..

Waaa tua dah kan!! Kalau orang tua² kata dah patut kahwin dah pun ni.. Tak pa.. sabar yek semua satu hari akan sampai waktunya... Siapa yang tak nak kahwin oii.. hahahah

Saja nak pot pet kat sini.. kalau tak memang tak berupdate laa kan blog nih.. kesian kat blog aku ni terabai.. and maafkan juga kat kengkawan semua kerana tak dapat nak jenguk² blog korang... siyes tak sempat kalau ada masa pun time tu adalah waktu untuk aku tidooo!!

Aku dilahirkan pada 12 disember 1985 di Hospital Besar Kuala Lumpur ( skang BESAR tu dah tak). Nama penuh aku Siti Nabilah binti Rosman..Anak sulong dari 4 orang adik beradik.. Dulu sekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Delima dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali di Jalan Ipoh.  Ada sesapa tak yang satu sekolah dengan aku!! Angkat tangan pls!

Lepas abes sekolah menengah.. aku sambung buat diploma IT di Kolej Ikram aka Kuala Lumpur Infrastucture University College.. Belajar malas tak berapa nak cemerlang sangat... Jadi tak dapat la nak pi mana² universiti awam. So after abes diploma aku gi walk in interview di PICC, dapat kerja di Commerce Dot Com Sdn Bhd.

Selepas 6 bulan aku kerja.. aku pun berniat nak sambung belajar tapi kesian kat mak ayah kan kalo aku berhenti adik² ramai lagi nak belajar.. jadi aku buat part time study buat degree di UTM Jalan Semarak, KL.

Dan kini dah 5 tahun lebih aku kerja kat Commerce Dot Com dan tak lama lagi hope habes laa aku belajar.. Tak larat rasanya kerja sambil belajar ni.. Lambat nak abes sebab dengan kerja lagi yang memerlukan aku bagi komitmen yang tinggi.. waa ayat macam orang penting je kan.. hahahah

So ini secara ringkas nya tentang diri aku.. Tak da pa pun yang menarik.. tapi sepanjang 25 tahun aku hidup ni.. banyak dugaan dan cabaran yang aku hadapi dan semua itu tak pernah buat aku rasa putus asa.. dan banyak juga kenangan pahit dan manis yang sentiasa berada dalam ingatan aku ini.. Dan semua itu mengajar aku untuk menjadi lebih matang...

Walau apa pun aku akan terus berusaha untuk menjadi insan cemerlang!! ya!! hahahaha apa da.. aku merepek ni..

Thanks a lot pada kengkawan yang wish hepi birthday..!!  muaahhh!♥

11 December, 2010

Sticky Mode: Gorjes Tee!!

Salam Semua ♥!!
Ok entry ini akan melekat di sini beberapa hari bagi tujuan mempromosikan blog baru aku.
Hehehe blog jual tshirt khas untuk kaum perempuan je buat masa ni.. sebab tuh nama gorjes!
herm gorjes ke? adeh.. saja nak bagi nama blog gedik² skit...


Untuk entry baru korang leh tengok kat bawah entry ni k..


Moh ler singgah yek jenguk² kalau ada yang berkenan order la eh..!!

notakaki: sila abaikan model sorang yg tak berape nak kurus tuh.. hehehe

04 December, 2010

Day 7 : Sape nak date ngan aku?

♥Assalamualaikum & Salam sejahtera ♥

Hohohoh... (gelak kaver) ye aku dah skip hampir seminggu tak update blog.. Musnah cabaran 30 hari berblogging aku, tapi aku rasa still sah lagi sebab bukan 30 hari berturut-turut kena berblogging kan.. Aku bukan sengaja...memang tak de masa nak jenguk, intai² pun blog nih..ni sume sebab stress + bosan = kerja. Hope korang leh terima yek alasan aku yang kukuh lagi  jujur nih.

Jadi cabaran ketujuh aku iaitu "Your idea of the perfect first date."

 
Ermm agak jiwang tajuk cabaran hari ni tapi tak pa.. aku akan gunakan daya imaginasi aku untuk membayangkan  first date yang sempurna bagi pandangan mata aku..Aku suka kan first date yang aku rasa tak macam first date or aku tak sedar tu first date ke?? ha macam tuh lah..... korang paham?? macam ada yang tak paham je ni..

Kira macam ni la.. kalau nak ajak aku date jangan tunjuk sangat yang ko nak ajak aku date sebagai teman yang special.. hahahhaha adehh susah ni nak explain .. Aku bagi contoh eh..

Contoh situasi:

Ali yang dah lama menyimpan perasaan kepada teman sekerjanya iaitu Mimi. Suatu hari  Ali mahu mengajak mimi kuar date...

Ali : Weyh, sabtu ni ko ada buat pape² tak?
Mimi: Tak de pape pun.. nape? 
Ali: Ko temankan aku boleh, aku nak cari kasut? tapi aku tak de idea nak cari kat ne.. ko ade idea?
Mimi: Ermm oo yeke, ok jerk.. try cari kat pavilion aa..
Ali: Ok gak, ko temankan aku eh, aku jarang gi sana..
Mimi: Ok no prob..

Heheh korang leh paham kan.. kan... angguk cepat kepala tuh.. bagus! Sebab bila aku tak rasa macam 1st date aku akan lebih rasa selesa. Aku selesa untuk bersembang, gelak , makan ikut suka.. hahhaah  dan pakai ikut suka. Tak da lah aku duk pening kepala.. baju ni cantik tak untuk aku? or makan pun kaver²... dan tetibe leh plak jadi blur tak tau nak sembang apa...Memang simptom-simptom tuh akan berlaku kalau aku rasa kan tuh adalah 1st date..

Secara keseluruhannya pendapat aku, bila kita rasa selesa sesama sendiri.. maksud  aku ada chemistry dan tidak perlu berpura-pura, ia menjadikan date kita itu lebih menarik dan sempurna..  tak perlu buat candle light dinner ke... dating tepi pantai ke or tempat-tempat yang konon² romantik cukup sekadar kita rasa selesa dan gembira.. 
Adakah jawapan aku bagi cabaran kali ini tak berapa nak memuaskan.. heheh sory yek kengkawan daya imaginasi aku tak berapa nak tinggi.. setakat tuh je yang aku rasa paling best untuk first date..Korang mesti ade idea yang gempak dan menarik kan.. so apa kata cam biasa share dengan aku oke?


notakaki: huhuh bulan nih dah genap setahun aku berblogging... doakan aku bertahan lama yek.. amin...

27 November, 2010

Day 6: Giler Jengkel!

Salam Sabtu ♥ !


Sebelum korang kerut² kan dahi memikirkan adakah Jack Black orang yang menjengkelkan aku, meh aku bagitau beliau memang tiada kaitan dalam ini cerita.. aku tertarik ngan kening dia je...Jelas? Teringin nak angkat kening cenggitu..sebab dari kening boleh menggambarkan banyak maksud.. ohohoh.. dari kening terus menusup ke jantung... lalu jantung menghantar signal ke otak untuk korang pikir la sendiri...

Oke sudah.. kembali fokus kepada cabaran yang keenam tajuknya adalah.. jeng.. jeng.. jeng "5 things that irritate ME about opposite/same sex".. 

Jadi aku memilih untuk bercerita tentang opposite sex aku iaitu LELAKI... hehehe jangan marah eh kengkawan aku cuma menyahut cabaran ja.. nak kutuk jantina sendiri cam tak berapa nak best... segala wording yang tertaip kat sini tidak ada kena mengena dengan sesiapa atau berkaitan dengan emosi aku  yang tak berapa nak betul ni.. HARAP MAKLUM..

5 perkara yang memang giler menjengkelkan aku tentang lelaki adalah:


Lelaki bila time hisap rokok muka tak boleh blah.. maksud aku bajet macho.. kalau ye pun nak hisap rokok buat muka biasa² je dah laa bai... tak yah laa nak tiup asap tinggi² or buat asap bentuk O .. dagu tu kalau leh nak angkat lebih-lebih ...asal asap susah nak masuk kat korang nye esofagus ke? 

Lelaki pakai sluar sampai dah nampak separuh boxer korang..siap boxer kartun lagi.. korang ingat comey? Jeans pakai bawah bontot.. apa kes? Adakah sebab muka bumi bontot korang yang leper menyebabkan seluar londeh ke bawah...

Lelaki yang tolong pegang kan beg tangan awek .. adoi korang ni pun satu kalo nak manjakan awek pun agak² la kan tak yah la sampai beg tangan awek pun korang tolong pegang kan.. tak jatuh pun bahu awek ko kalau dia bawak...(time jalan ngan mak korang ade korang tolong pegang kan?) 

Lelaki yang berbulu dada... berbulu dada tak salah tapi kalau pakai baju saja je nak tayang bulu dada tuh.. cuba kalau berpeluh... adoi.. gross! Siyes leh hilang selera makan aku kalau aku nampak..

 Dan terakhir sekali perkara yang menjengkelkan adalah 

Lelaki yang ego tak bertempat and berlagak cam bagus jerk... paling aku ish.. ish.. menyampah.. ego tu memang kena ada.. tapi kalau dah ternyata ko tuh memang salah or tak tahu sesuatu perkara tak yah la nak ego or berlagak bagus lagi.. apa salahnya ko mintak maaf or mengalah..

Ok done!

notakaki:sumber gambar dari pakcik google.. time kaseh!

26 November, 2010

Day 5: Habitat ku.. ops Habit ku...

sumber: http://thedomesticatedwahm.com

Ye hari ini aku nak melaksanakan cabaran ke lima iaitu "A habit that you wish you didn’t have" ... 

Sebenarnya tajuk ini untuk hari keempat tapi aku skip sebab tak de mood nak buat entry pasal habit ni.. plus aku ada banyak habit.. hahahha adess apa punya olang laa ni..

Rasanya entry aku sebelum ni pernah bagitau salah satu habit aku ialah geget kukoo Tu salah satu habit aku yang aku rasa kalau boleh memang aku tak nak  ada sebab kuku aku jadi tak berapa nak comey.. dan aku mengambil masa yang sangat lama untuk berjaya mengawal nafsu diri dari menggigit kuku. Yak!

Tapi selain dari habit aku yang tak berapa senonoh tu ekceli ada satu habit yang aku rasa memang iskk.. isk.. waa kenapa laa aku ada habit ni pun tak tau.. nak tau ape dia? kasi angguk sikit korangnya kepala tu?


Ha.. nampak itu gambar.. itu pastinya bukan aku waktu kecik-kecik.. tuh cuma gambar hiasan semata-mata hanya untuk mengambarkan habit aku yang lagi satu tak berapa nak senonoh.. Kejadian begini selalunya berlaku ketika waktu pagi nak gi kerja.. habit ni memang aku tak nak!! tak nak!! (emo) Di sebabkan habit ni la aku lambat gi kerja! bila lambat masuk opis.. nanti bonus kene potong.. erk ada kaitan ke? sila abaikan..

Selalunya pagi-pagi aku tak liat pun nak bangun.. bunyi je alarm henpon.. terus aku bangun and terus menuju ke bilik mandi... tapi yang tak best bila aku gosok gigi.. sebab aku gosok gigi sambil mata pejam mata gosok punya gosok... lentok plak.. adoii! tapi posisi aku tak macam baby kat atas tu.. sopan lagi laa.. cuma tak sampai stage tersungkur kat bawah..

Oke cukup setakat ini.. Jadi korang pun share la apa habit korang? Sharing is caring kan.. kan..

25 November, 2010

Day 4: SuperHERO!

Assalamualaikum!!! ( penuh semangat)

26 days to go!! Chaiyok bella!

Hari ini lambat sikit aku mengepost ada gangguan teknikal.. So hari ini topik entry superhero bukan HEROICzero .. hehe tak de kaitan pun saja nak buh nama mamat ni kat entry ni bagi die famous skit..

Masa kecik dulu memang setiap orang pasti ada superhero kegemaran kan...yang pastinya setiap orang superhero yang paling di sayangi adalah bapak or mak kita, or maybe atuk kita nenek kita , abang kita hehehe... berapa banyak kita da..

Aku pun ada superhero kegemaran masa kecik-kecik dulu .. nak tau apa?
check this out! (speaking la pulak)


Ni dia.. taraa!! Son Goku... ada sesape yang tak minat dia ke? Angkat tangan? Memang feberet aku time muda-muda dulu... komik dia komfem beli.. cite die komfem tengok.. hohohoho... kalo leh nak ada mutiara naga sekali..

Tapi aku suke gaks kat mamat ni.. vegeta !! KACAK kan? sila angguk cepat...
 

Selain dari watak-watak dalam dragon ball aku suke gak yang len seperti.. sailormoon.. hahahha... boleh tak nak suke dia? boleh kan.. " dengan kuasa bulan aku menghukum mu....." (betul ke cenggitu?)
Banyak sebenarnyer superhero di hati ku.. chewah.. waktu aku kecik-kecik laa.. macam superman.. batman... oltromen...
suria perkasa hitam.. pakai seluar ketat .. adehh..seksi

And palinggg aku rase best kot... Doremon bersama kantong ajaibnyer.. MACAM-MACAM ADA! Aku rase doremon paling power.. 
Segala superhero dari pelusuk dunia pun kot die leh kalahkan.. hanya dengan lampu pengecil doremon kot.. bila dah kecik leh pijak-pijak.. dushh.. dushh.. dush!! Apa ko merepek ni setann bella..

Sekian, sahaja entry mengarut aku..Jadi korangnyer superhero siapa?

24 November, 2010

Day 3: Rindu yg Melantun-lantun!!!

Salam semua ♥ !!!

Alhamdulillah..perasaan aku masih lagi konsisten dalam menyahut cabaran 30 hari berblogging.. (perlu ke aku mention sampai hari ke-30?) .. dan tajuk untuk hari ketiga ini adalah gambar kawan-kawan aku.. sebenarnye die bagi tajuk gambar aku n kawan-kawan aku.. tapi ape barang buh gambar sendiri kan.. hahhaa..jadi gambar aku tu tak yah la yek..

Pada tarikh 9 November 2010, aku telah diarahkan untuk berpindah ke ofis di Cyberjaya.. sebelum ini aku kat HQ kat petaling jaya...of course la kan kengkawan aku ramai kat PJ berbanding di Cyberjaya. Demi tugas aku redha je laa walaupun banyak sebab yang aku memang tak nak berada di Cyberjaya ni.. Yelah kita ni kuli je kan.. ikut saje lahhh!

Tapi tak pe perpindahan aku hanya sementara sampai hujung tahun ni ( hope la) jadi aku akan tetap bersabar dan bersyukur aku tak di pindah kan ke sabah ke sarawak ke.. lagi haru kan..Pendek kan cerita aku rindu giler kat kengkawan aku kat PJ.. bagi aku dorang paling best aa.. walaupun stress ngan keje tapi kehadiran dorang memang menghantui menyerikan hidup aku..

Meh aku perkenalkan yek pada korang semua.. jika ada sebarang pertanyaan atau berkenan jangan malu dan segan untuk bertanyakan pada aku yek.. kaunter pertanyaan sentiasa terbuka..

 
Dari Kiri: Ain & Ika

Ha ini dua olang.. memang wajib la ada dalam kamus kawan aku.. hahaha dorang la kawan gi lunch.. kawan suka duka, ngan ika aku selalu bertepuk tampar laa.. cubit laa and macam-macam , lebam yang ada kat badan aku ni hasil karya si ika la.. 

  
genny da bomb a.k.a kak baini... rindu aku kat die sebab kalo aku stress ke ape ke.. kat die laa yang aku ngadu dulu.. mintak pendapat.. korang nampak muka cam suci je kan ... kan.. tapi pale die pun leh tahan gak gila-gilanya..

Ha dua mahkluk ni memang tak sah kalau tak bikin panas hati aku... terutama skali mamat yang kat sebelah kiri , asik nak cari pasal je.. kenalkan Alip! Yang sebelah kiri Ajoi.. lelaki konon-konon kacak di opis aku.. yang konon-konon jugak menjadi kegilaan gadis-gadis masa kini. wakakak tak leh blah aku buat ayat cenggitu.. jangan marah ye!

Awek ni nama kak Eja.. akak yang memang ada masanye beliau blur and selalu buat lawak spontan.. seorang yang ceria, suka menyanyi(leh gugur jantung kalau dengar die nyanyi).. and paling best bila dengar die gelak n bersin... sangat unik sekali.. memang payah nak cari.. 

Orang-orang yang aku tunjuk ini adalah kawan-kawan yang paling aku rapat kat opiss, nak tunjuk kawan yg lain macam ramai sangat je.. lagipun dorang nye tempat pun sebelah menyebelah je ngan aku kat opis  (di PJ).. and aku rase satu floor tuh bising pun disebabkan oleh mereka .. tanpa kalian komfem cam di tanah perkuburan rasanye... hehehe ..

Rindu giler kat korang.. siyesss!! tak tipuu.. aku bosan n terseksa zahir dan batin kat cyber! waaa.. Tunggu aku balik sane tahun depan oke!! hahahaha cam jauh je Cyber ngan PJ.. adehh lempang skit...

notakaki: Antara 6 orang kat atas tu, 2 je dah kawen cuba teka siapa yang dah kawen?? heheh

23 November, 2010

Day 2: Kenapa Lovely Bella??

Salam Semua ♥ !

Aku masih bersemangat dalam menyahut cabaran 30 hari berblogging.. tapi bila pikir balik.. tak de plak di nyatakan berblogging selama 30 hari berturut2 kan.. (baru hari kedua dah kecoh kan... dush..dush! ).. so mane tau ade hari yang memang aku terpaksa skip dari update... (bukan alasan ye kengkawan).

Oke sila beri fokus pada tajuk.. cabaran hari kedua  ini aku di minta memberi makna bagi maksud blog aku Lovely Bella ni.. 

Secara jujurnya .. aku memang tak de idea nak letak nama ape untuk blog aku pada mulanya... dan seperti yang pernah aku maklumkan sebelum ini tujuan aku berblog sebab konon2 nak buat bisnes... tapi terhenti separuh jalan disebabkan masalah tertentu yang tidak dapat di elakkan..

Sejak aku belajar mase buat diploma kengkawan panggil aku bella.. sebelum tu banyak nama-nama manje(chewah) yang aku dapat... Ape dia? tuh nanti korang kene tunggu entry yang akan datang .. Tapi last nama manje yang melekat kat aku sampai skang adalah Bella... dan kawan-kawan skang ada yang panggil bell.. 

Jadi korang tau la kan Bella tuh aku laa.. tapi pendek sangat aku rasa kalau nak taruh bella jek.. Jadi aku pikir punye pikir nak tambah apa lagi.... Kalau nak taruh Cik Bella macam nak cerita pasal aku je kan.. padahal pada awalnya aku tak berniat nak jadikan blog ni untuk cerita tentang diri aku.. 

Makanya aku pun mencari la kot-kot ada maksud bella tuh apa untuk bahasa lain.. Jadi aku gunakan translator dari google untuk mencari maksud bella ni.. hehehe redah je laa aku try laa satu-satu bahasa.. Dan aku jumpa kalau bahasa italian Bella bermaksud "Indah"...


Ha.. jadi aku jumpa maksud bella tapi takkan nak buh nama Indah Bella or Bella Indah.. Cam tak bape nak mantop jer kan... So Indah kalau di englishkan Lovely.. betul tak? Masa tu aku rase sesuai laa ngan baju-baju yang aku nak jual yang aku rasa kan indah (uwekk perasan kan.. kan..) dan aku juga nak buat blog yang cantik dan sedap mata di pandang buat kunjungan kengkawan yang singgah..

Walaupun kini aku dah tak jual pape pun lagi.. tapi aku dah tak de idea nak letak nama ape untuk blog ni jadi aku terus gunakan nama Lovely Bella... Ye aku tau aku bukan lawa ke apa kan.. tak bape nak indah pun kalo nak pandang tapi at least blog aku indah kot.. hahahaha sila abaikan keperasanan aku  yang melantun2 ni yek..

Sekian sahaja omelan dari aku.. hohoho.. so aku berjaya menyahut cabaran untuk hari kedua ni..Yes!! Fuh.. lega...

22 November, 2010

Day 1

Salam Pagi Semua !

Mulai hari ini aku akan menyahut cabaran 30 hari  berblogging... Dan hari ini adalah hari pertama.. So pada hari pertama ini aku kena letak gambar terkini aku dan 15 fakta menarik tentang diri aku.. hahahahha adeh... ade ke yang menarik kan... aku pun tak pasti.. tapi aku try nanti kamu... kamu... kamu dan kamu.. komen yerk..!!


Ini adalah gambar terkini.. bila? Hari sabtu lepas 20th November 2010.. terkini tak?
   Lokasi : Pondok Cafe, Kota Damansara


Ehem.. ehem  nak betulkan dulu posisi anak tekak...
Oke 15 fakta yang menarik tentang diri aku... waaaa aku tak pasti la sama ada ia menarik ke tak.. aku cuba ye kengkawan...  HohOhO

  1. Aku tak boleh tengok ikan... lebih-lebih lagi ikan yang masih bernyawa.. aku akan muntah... sebab dulu waktu aku form 2 kot mak aku paksa aku siang ikan satu baldi.. ade laa dalam 30 ekor... 
  2. Hampir setiap pagi mata aku akan bengkak jadi aku kene tuam ais kat mata dulu sebelum gi kerja..
  3. Dulu mase sekolah rendah agama setiap tahun aku akan bawak sekurangnya 10 hadiah sebab hampir semua mata pelajaran aku dapat markah tertinggi (berlagak betul). 
  4. Aku tidur tak pernah tutup lampu dan kalau lagi terang lampu tu lagi bagus.. Ye aku sangat penakut orangnya...
  5. Aku dah mula bercinta sejak darjah enam lagi.. (cinta monyet/ beruk/tapir)
  6. Aku dah mula berminat dalam bidang komputer sejak form 2 lagi..
  7. Tidak mempunyai akaun facebook.
  8. Pernah kena gantung sekolah sebab pukul salah seorang pelajar perempuan sampai kaki dia patah. Masa tu zaman jahilliyah lagi buat aku.. dan tak boleh nak kawal emosi.
  9. Bila shopping.. aku minat beli kasut.. walaupun dah banyak kasut tapi still nak masuk kedai kasut.. dan bonet kereta aku penuh kasut.
  10. Suka berangan lebih-lebih lagi drive kat highway.. long distance..
  11.  Aku tak minat sangat masak tapi suka berkemas dan aku tak suka rumah atau bilik aku semak..
  12. Aku rabun sejak darjah 6 tapi tak suka pakai spek mata..rimas!
  13. Suka pergi tempat-tempat macam muzium, or mana-mana tempat yang bersejarah.
  14. Pipi aku selalu di cubit oleh kawan-kawan (waktu sekolah menengah), hampir setiap hari.. mungkin itu sebabnya pipi aku makin tembam kot.
  15. Pernah kena heret ngan ayah kat jalanraya sebab langgar anak orang dengan basikal.. (aku tak sengaja waktu tuh, tengah syok berlumba).. Ekceli ayah aku tak heret, waktu tu dia naik motor semasa di tempat kejadian tapi aku berdegil tak nak ikut.. jadi ayah aku tarik dan aku plak keras kepala tak nak ikut.. jadi ape lagi terseret laa..

Ok ini je yang mampu aku fikirkan.. aku tak pasti ia menarik ke tak.. rasa macam tak je.. tapi boleh laa dari tak de kan ... hehehe... 


19 November, 2010

Kenali Lelaki Pendera!

Salam Sejahtera ♥!



Hari ini topik tentang lelaki yang suka mendera.. bukan aku kata perempuan tak mendera tapi kebanyakkannya lelaki.. jadi  aku mohon maaf andai entry kali ini menyinggung mana-mana pihak.. Aku cuma nak berkongsi apa yang aku baca untuk pengetahuan kita bersama.
Pernah korang tengok drama or movie yang mengisahkan tentang seorang isteri malang yang hidup sebumbung bersama seorang suami tetapi hidupnya bagaikan dia bersama dengan orang asing atau pengganas. Antara movie yang mengisahkan tentang kisah suami pendera yang bersikap kejam terhadap isteri sendiri adalah sleeping with the enemy lakonan Julia Roberts and Enough lakonan Jennifer Lopez..
Bila aku tengok cerita yang macam ini aku rasa kesian, sedeh dan pelik kenapa seorang perempuan sanggup di perlakukan sebegitu ..Dan tak dapat dibayangkan bagaimana seorang isteri boleh duduk di bawah satu bumbung dan tidur pula sekatil dengan suami si kaki tempeleng, gemar caci maki, sepak terajang dan pukulan yang menjadi santapan harian isteri malang.Bukan kah perempuan ingin di belai dan di sayangi .. mungkin ini semua akibat rasa sayang yang tak terhingga menyebabkan isteri buta untuk menilai semua tu...
Sebenarnya, ramai wanita yang sudah dapat membaca ciri lelaki sebegini ada pada pasangan mereka sejak sebelum berkahwin lagi. Akan tetapi, lantaran rasa cinta buta yang mendalam tahap gaban, dorang  sering menutup mata dan memekakkan telinga akan kelemahan ini dan akhirnya tindakan poyo ini memakan diri sendiri apabila melangkah ke alam perkahwinan.
So sebelum kita terjebak dengan suami zalim begini, adalah lebih wajar jika kita kenali ciri-ciri lelaki pendera sebelum kita kawen.
Apakah ciri-ciri lelaki yang suka mengasari wanita? Bagi wanita yang belum berkahwen, perhatikan 10 sikap yang akan disenaraikan dalam entry ini. Jika sikap sebegini ada pada teman lelaki atau pasangan korang , apa tunggu lagi.. blah je oke!



  1. Extra romantis giler babas! - Jangan termakan dengan ayat power ‘tangkap leleh’ atau janji manis yang diucapkannya. Perlu diingat, bahawa lelaki yang melakukan kekerasan pada mulanya akan bersikap extra lembut dan penyayang.
  2. Gelojoh/ Terburu-buru dalam menjalinkan hubungan
  3. Asyik cerita tentang diri sendiri - Lelaki pendera gemar berbicara panjang lebar dan apa saja yang menarik tentang dirinya. Dia sebenarnya cuba memancing dengan mengaburi ‘judgement’ korang dengan pelbagai kebaikan yang ada padanya. Tidak mustahil anda berkongsi minat yang sama iaitu bersamanya.
  4. Over caring - heheh....over sangat pun pelik juga sebab dia boleh mengetahui kelemahan kita bila kita menceritakan tentang sume masalah yang kita hadapi.
  5. Cemburu buta
  6. Mengongkong dan mengawal
  7. Terlalu emosi- Satu masa dia begitu ceria, gembira dan ramah bercerita, tetapi dalam sekelip mata dia berubah menjadi pemarah, baran dan langsung tidak mahu bercakap dengan anda. Ketika bersama dengannya juga, anda akan berasa tidak bebas.
  8.  Tidak boleh dibantah/di bangkang - Bukan saja kemahuannya harus diikuti, si lelaki pendera juga tidak boleh dibantah atau dibangkang, kerana lelaki jenis ini sukar menerima sebarang penolakan.
  9. Seperti Udang di sebalik mee goreng - Lelaki pendera mempunyai sikap ‘seperti ada udang di sebalik mee’ kerana dia mengharapkan pulangan besar daripada ‘pelaburan’nya.
  10. Memberi peringatan seperti ancaman -Lelaki pendera sering mengingatkan anda akan kebaikan dirinya, kepentingannya dan betapa beruntungnya anda memilikinya. Walaupun dia mungkin juga mengakui bahawa dia berasa ‘kalah’ ketika dia merasa rendah diri kerana menginginkan anda kembali disampingnya.
Ekceli ada 16 tapi macam banyak sangat nak buh dalam ni.. tak larat aku nak menerangkan satu persatu.. Jadi hope info kat atas ni dapat memberi sedikit jalan atau petunjuk bagi mereka yang belum berkahwin supaya kita tak salah langkah.. dan bagi yang dah pun berkahwin.. jangan takut dan kita harus bangkit mempertahankan diri kita, laporkan pada polis atau apa-apa yang sepatutnye di lakukan..

Tak guna kalau kita berkahwin tapi tak bahagia.. hidup kita cuma sementara jadi isikan lah dengan kebahagian bukan penderitaan..  Tak guna sayang kalau tak bahagia..

18 November, 2010

Nikmat Jatuh Cinta Seperti Kokain!

Salam Pagi ♥!


La...la..la..la..la..  (menyanyi riang)

Korang pernah jatuh tangga ? aku pernah...tergolek-golek sampai benjol dahi ini sebab bergaduh ngan adik... kejam sungguh  adik aku tu.. nak gaduh pun agak-agak laa kan...
Jatuh basikal?? pernah juga... huhuhu  sakit jugak rasanye.. cacat dah kaki ade kesan parut... tak leh nak pakai skirt.. hehehe (ko pakai tudung bella.. dush.. dush..dush).
Jatuh motor?? pernah juga.. bersama-sama arwah atuk kesayangan... akibat tak nak dengar cakap ayah.. kan dah masuk dalam sungai.. Kesian kat atuk kerana bersengkokol ngan aku.. hahaha

Jatuh cinta?? Ini jatuh yang paling best kot... ye ke best? korang rasa best tak... ada yang best kan.. ada yang tak...Tapi bagi aku.. Jatuh cinta ini macam kokain .. Aku tak pernah plak try kokain.. saja nak ibaratkan macam kokain... boleh ke?? kamu setuju?


Pendapat aku, Jatuh cinta ♥ ♥ ♥  mempunyai kesan 'memabukkan' sama halnya seperti halnya kokain..dan cinta pada pandangan pertama itu memang benar ... di mana pada keadaan tersebut, otak korang akan dibanjiri zat kimia pencetus eforia(perghh ini aku amik ayat dari mana ntah lupa)  hanya dalam waktu seperlima saat setelah melihat orang yang korang suka.
So ada juga yang aku baca berpendapat bahawa bila kita jatuh cinta perasaan seseorang akan mempengaruhi indra pendengarannya. Pada saat seseorang memandang pujaan hati dorang , 12 daerah dalam otak korang akan menjadi aktif, termasuk di kawasan yang biasanya berkaitan dengan kecerdasan dan kemampuan seseorang menyelesaikan teka-teki.




Jadi disebabkan itu seseorang boleh merasa lebih baik dari sebelumnya.. Tapi persoalannya pula, adakah otak atau jatung yang jatuh cinta??? huhuhuh... 

Bagi aku maybe otak... tapi jantung juga berkaitan disebabkan oleh pengaktifan di beberapa bahagian otak dan boleh memberi ransangan terusss pada jantung ( pergh ayat!)...

Aih.. macam doktor pakar cinta plak kan... layan sajo!!