Blogger Tegar

19 November, 2010

Kenali Lelaki Pendera!

Salam Sejahtera ♥!



Hari ini topik tentang lelaki yang suka mendera.. bukan aku kata perempuan tak mendera tapi kebanyakkannya lelaki.. jadi  aku mohon maaf andai entry kali ini menyinggung mana-mana pihak.. Aku cuma nak berkongsi apa yang aku baca untuk pengetahuan kita bersama.
Pernah korang tengok drama or movie yang mengisahkan tentang seorang isteri malang yang hidup sebumbung bersama seorang suami tetapi hidupnya bagaikan dia bersama dengan orang asing atau pengganas. Antara movie yang mengisahkan tentang kisah suami pendera yang bersikap kejam terhadap isteri sendiri adalah sleeping with the enemy lakonan Julia Roberts and Enough lakonan Jennifer Lopez..
Bila aku tengok cerita yang macam ini aku rasa kesian, sedeh dan pelik kenapa seorang perempuan sanggup di perlakukan sebegitu ..Dan tak dapat dibayangkan bagaimana seorang isteri boleh duduk di bawah satu bumbung dan tidur pula sekatil dengan suami si kaki tempeleng, gemar caci maki, sepak terajang dan pukulan yang menjadi santapan harian isteri malang.Bukan kah perempuan ingin di belai dan di sayangi .. mungkin ini semua akibat rasa sayang yang tak terhingga menyebabkan isteri buta untuk menilai semua tu...
Sebenarnya, ramai wanita yang sudah dapat membaca ciri lelaki sebegini ada pada pasangan mereka sejak sebelum berkahwin lagi. Akan tetapi, lantaran rasa cinta buta yang mendalam tahap gaban, dorang  sering menutup mata dan memekakkan telinga akan kelemahan ini dan akhirnya tindakan poyo ini memakan diri sendiri apabila melangkah ke alam perkahwinan.
So sebelum kita terjebak dengan suami zalim begini, adalah lebih wajar jika kita kenali ciri-ciri lelaki pendera sebelum kita kawen.
Apakah ciri-ciri lelaki yang suka mengasari wanita? Bagi wanita yang belum berkahwen, perhatikan 10 sikap yang akan disenaraikan dalam entry ini. Jika sikap sebegini ada pada teman lelaki atau pasangan korang , apa tunggu lagi.. blah je oke!



  1. Extra romantis giler babas! - Jangan termakan dengan ayat power ‘tangkap leleh’ atau janji manis yang diucapkannya. Perlu diingat, bahawa lelaki yang melakukan kekerasan pada mulanya akan bersikap extra lembut dan penyayang.
  2. Gelojoh/ Terburu-buru dalam menjalinkan hubungan
  3. Asyik cerita tentang diri sendiri - Lelaki pendera gemar berbicara panjang lebar dan apa saja yang menarik tentang dirinya. Dia sebenarnya cuba memancing dengan mengaburi ‘judgement’ korang dengan pelbagai kebaikan yang ada padanya. Tidak mustahil anda berkongsi minat yang sama iaitu bersamanya.
  4. Over caring - heheh....over sangat pun pelik juga sebab dia boleh mengetahui kelemahan kita bila kita menceritakan tentang sume masalah yang kita hadapi.
  5. Cemburu buta
  6. Mengongkong dan mengawal
  7. Terlalu emosi- Satu masa dia begitu ceria, gembira dan ramah bercerita, tetapi dalam sekelip mata dia berubah menjadi pemarah, baran dan langsung tidak mahu bercakap dengan anda. Ketika bersama dengannya juga, anda akan berasa tidak bebas.
  8.  Tidak boleh dibantah/di bangkang - Bukan saja kemahuannya harus diikuti, si lelaki pendera juga tidak boleh dibantah atau dibangkang, kerana lelaki jenis ini sukar menerima sebarang penolakan.
  9. Seperti Udang di sebalik mee goreng - Lelaki pendera mempunyai sikap ‘seperti ada udang di sebalik mee’ kerana dia mengharapkan pulangan besar daripada ‘pelaburan’nya.
  10. Memberi peringatan seperti ancaman -Lelaki pendera sering mengingatkan anda akan kebaikan dirinya, kepentingannya dan betapa beruntungnya anda memilikinya. Walaupun dia mungkin juga mengakui bahawa dia berasa ‘kalah’ ketika dia merasa rendah diri kerana menginginkan anda kembali disampingnya.
Ekceli ada 16 tapi macam banyak sangat nak buh dalam ni.. tak larat aku nak menerangkan satu persatu.. Jadi hope info kat atas ni dapat memberi sedikit jalan atau petunjuk bagi mereka yang belum berkahwin supaya kita tak salah langkah.. dan bagi yang dah pun berkahwin.. jangan takut dan kita harus bangkit mempertahankan diri kita, laporkan pada polis atau apa-apa yang sepatutnye di lakukan..

Tak guna kalau kita berkahwin tapi tak bahagia.. hidup kita cuma sementara jadi isikan lah dengan kebahagian bukan penderitaan..  Tak guna sayang kalau tak bahagia..

23 Org suka Komen..:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

pilih yg terbaek...

teratai said...

not bad entry kali ini~boleh dijadikan panduan, tapi kalau sebelum kahwin tu dah suka kongkong, lebih baik jgn kahwin dgn lelaki mcm ini. Tp kalau sudah kahwin, nasib x baik dpt suami pendera, jangan takut2 laporkan kpd pihak polis, ingat kita sebagai isteri ada hak,jgn biar diri didera (sbb mak ayah kita pun x buat mcm tu!)

wan sujaihah said...

emm banyak2 bedoa moga kita dijauhi org2 macamni...aminn

.:: dieylah :: said...

thanks tuk info ni..suke2.. harap2 pilihn kali ni x cmni.. ^^

Lovely Bella said...

men!t! senja: ye btul2... (upin ipin)

Lovely Bella said...

Teratai:heheheh nampaknyer komen dengan penuh emosi nih.. btul mak n ayah kite pun x bt kite camtu kan...


wan sujaihah:ermm.. tuh laa. untung ko dpt suami yang penyayang kan..

Lovely Bella said...

dieylah: bella doakan pilihan dieylah btul dan berbaloi-baloi.. hehhe

mahira oya said...

hopefully dpt yg ok wpon x perfect..

Encik Tikus said...

bila lah kak bella kita nie nak kawen kan ? keh keh keh =p

Brilliant Marjan said...

salam

info yang bagus...kdg laki pendiam ni lagi bahaya sebenarnya..

ziha said...

pernah tengok cite enough tu..mmg kejam sungguh lelaki tu..hurm awal2 klu tahu perangai si lelaki y pnas baran dan suke mengongkong, harus direject sajaa.

sweet_apple said...

huhu takut gak gan kaki dera ni..
moga kite semua jumpe lelaki yg bek2..penyanyang lg romantis. Hehe.
jgn la sblum kawin je ok..lepas kawin hampeh..huhu..

Lovely Bella said...

oya: btul2.. x de sape yg sempurna.. janji kt bahagia..cukup

Encik Tikus: hehehe... soklan yg mls nak di jawab bt mase nih...

Lovely Bella said...

Brilliant Marjan: yerp.. pendiam ni lagi susah kt nak tau siape die sbnrnyer...

Lovely Bella said...

ziha: ermm teruk kan.. mmg kalo time bercinte dah seksa x kan bahagia plak bile dah kawen...


sweet_apple: tp sll nyer pas kawen prob.. tp tu sume dugaannnnnn!

HEROICzero said...

cilakak. macam ade jek neh kat aku. tidak!!!

ikhlas daripada,

seorang bakal pendera.

=)

nyonya penang said...

yeay...=)
tersenyum penoh makna...
**wink2

¶A.K.I¶ said...

wooohhh..
bgs nye...
thx sis for da tips...
^_^

Nurul a.k.a Riko said...

tiba2...tingat kat kes yg hubby dia dok simbah asid kat wife & anak..horror betul. Sedih kat anak yg x berdosa.

Lovely Bella said...

HEROICzero: ahahaha adehh.. tolong jauhi diri kalian dari budak nih ... hehehe :)

Lovely Bella said...

nyonya penang: * wink kat kamu juga :)

Aki: same-same aki!! heheh

Lovely Bella said...

Nurul aka Riko: tuh laa kak.. maybe yang terlupe nak mkn ubat gila die kot..

- zuriey - said...

laki pendera? harap dijauhkan..tak berhati perut dera org