Blogger Tegar

29 December, 2010

Kekasih Bruno Mars @ Malaysia!!


Petaling Jaya: " Bruno Mars pakwa aku la, dia kata aku girlfriend dia yang pertama dan terakhir"  kata seorang wanita ,Dayah,24 dari Jalan Tandang, setelah ditemu ramah membuat pengakuan bahawa beliau adalah kekasih Bruno Mars yang hensem lagi suara sedap tu, kira-kira jam 10.30pagi tadi. 

Dayah di temui  membuat penyataan menaip melalui statusnya di Yahoo Messenger  "betol la waniee.. bruno marss tue pakwe akakk" akibat dari salah paham dan perebutan yang berlaku antara rakan sekerja yang juga turut mengaku adalah kekasih Bruno Mars. 

Katanya, seorang rakan sekerja beliau  yang sering menggangu dan memberitahu bahawa penyanyi tersebut juga adalah kekasih kepada Bruno Mars dan memintanya untuk tidak mengganggu hubungan mereka membuatkan dia bertindak membuat pengakuan secara terbuka. 

Bruno Mars atau nama sebenar beliau Peter Gene Hernandez, 25, adalah seorang penyanyi , penulis dan penerbit di Amerika Syarikat. Dibesarkan di Honolulu, Hawaii oleh keluarga yang juga ahli muzik tidak mahu membuat sebarang penyataan berkenaan benar atau tidak dia mempunyai kekasih di Malaysia 


Sumber gambar: google dan Fesbuk.

notakaki: jangan marah dayah.. gurau² je.. mane tau bruno bace kot .. hahahahah hanya gurauan semata-mata tidak ada kena mengena ngan bruno mars.. hahahhaah


22 December, 2010

Saya Gay, Korang ok tak?

Salam semua!

Waaa tak boleh blah tajukkan..Ni baru je lepas usha beutifulnara.. sekali nampak tajuk  "Saya gay,Saya Ok".. Dengan pantas aku klik !! Hohohoh... aku mula² ingat Azwan Hj Ali, tapi rupanye Azwan Ismail.. korang kenal dia tak.. seorang lelaki yang berumur 32 tahun.. seorang enggineer , penulis dan peng "gay" (ada ke ayat cam tuh).

Aku rasa korang semua mesti dah tau kan.. aku je yang lambat aku jarang tau kesah² panas nih.. MELODI pun jarang aku tengok.. so memang agak cetek laa pengetahuan aku bab ni.. hahaha.. tapi sebab tadi aku busan so aku pun saja laa masuk beutifulnara sebab housemate aku  selalu cerita dia dapat tau pasal gosip itu ini dari beutifulnara.

Ermm tak pelik pun ramai je orang gay kat atas bumi ni btul tak, cuma aku tak pernah plak ada yang buat pengakuan nih..(sebab aku jarang baca cerita² camni.. ades) Ape kes eh dia nak buat pengakuan? nak bagitau kat semua persatuan gay sedunia yang dia gay ke? Supaya secara tidak lansungnya, kalau ada gay yang len yang kesunyian boleh menghubungi beliau.. macam tu ke??

Aku selalu pikir dalam kepala otak aku kalau gay selalunya yang kacak², muka jambu... tapi  Azwan Ismail.. erm.. erm..

Azwan Ismail yang dah femes..

Erm.. apa la agaknya dia rasa eh lepas buat pengakuan camni.. Proud to be malaysian ke?? 

Di bawah adalah salah satu cara mengenali diri sama anda gay atau tidak?

Ok, apa tunggu lagi check laa.. sapa yang jari dia cam belah kanan bagitau aku eh.. hohoho aku ingin mengenali diri mu hahahaha..

notakaki:aku check jari aku belah kanan.. asal same eh.. belah kiri tak plak.. huhuhu 

17 December, 2010

Penjual Gadis Di cari!

Salam Semua ♥!!

Entry kali ni tak nak menaip panjang² sebab aku dah ngantuk .. Penat tengok kat internet ni kerja kosong... so dalam tengah aku mencari aku jumpa la jawatan kosong baik punya!!

Siap ada gambar lagi ni nak tunjuk kat korang... siyes ada! kalau ada sesiapa yang berminat boleh laa menghubungi Mr Kelvin eh.. hahahahah adeh..


Ada sesiapa yang berminat??

To: Mr Kelvin.. lu btul2 mau penjual gadis ka?

13 December, 2010

Kemurungan Ringan, Anzieti Sederhana, Stres Teruk!!

Salam Semua ♥!!

Ha.. panjang tak tajuk entry aku..hohoh.. tuh bukan saja nak buh tajuk panjang² saja nak bagi orang tertarik menarik nak baca... yeke? konfiden je aku kan..

Tadi sembang ngan akak kat opis aku nih.. dah lama dah tak berchatting ngan dia kat ym.. Chat punya chat dia kate kat aku.. "bella cuba buat test tengok ade sakit mental ke tak?" (lebih kurang macam ni laa ayat nya)

aih... mesti korang pelik kan nape die suh aku buat test.. dengan dia aku selalu ngadu macam² memang kalo ade problem ke ape ke.. die salah satu tempat rujukan aku.. hahahaha.. so dia nampak macam aku dah tak betul gamaknya.. jadi die suh try laa buat test kesihatan mental nih...

Die bagi aku link nih.. KLIK DISINI

Dia bagitau aku die bace dalam paper.. bagitau yang 3 juta penduduk Malaysia mengalami sakit mental.. hohoho.. so aku try laa nak buat mana tau dalam tak sedar aku gila ke ape kan...Setelah aku menjawab dengan sejujurnya test dari kementerian kesihatan nih.. keputusannya adalah...

 Korang leh nampak tak?

Kalau tak nampak walaupun setelah diklik gambar tuh.. meh aku cerita ape resultnya.. menurut dari hasil test yang aku buat.. hehehe hasil penilaian mengatakan yang aku ada mengalam Kemurungan RINGAN, Anzieti SEDERHANA dan Stres TERUK..

dan ade tambahan lagi.. " Anda sedang mengalami stres yang mungkin boleh menjejaskan kehidupan seharian anda. Anda perlu tingkatkan kemahiran daya tindak anda. Anda perlu berkongsi masalah anda dengan orang lain atau mendapatkan khidmat bantuan profesional."


Hohoh..  dalam tak sedar walaupun aku rasa aku dah kurang stress berbanding dulu.. aku still mengalami stress yang teruk secara tidak sedar.. kemurungan pun ada.. tak tau nape.. aku pun tak bape nak paham... So seperti yang dinasihatkan aku akan meningkatkan lagi kemahiran daya tindak aku.. supaya tidak menjejaskan kehidupan seharian aku.. hahaha..ades...

Korang pun jangan tak try oke.. mane laa tau korang mengalami sakit mental.. kalau tak bagus! hehehe 

12 December, 2010

Aku sudah Tua!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ini 12 Disember genap la 25 tahun aku hidup di muka bumi ni... Alhamdulillah..

Waaa tua dah kan!! Kalau orang tua² kata dah patut kahwin dah pun ni.. Tak pa.. sabar yek semua satu hari akan sampai waktunya... Siapa yang tak nak kahwin oii.. hahahah

Saja nak pot pet kat sini.. kalau tak memang tak berupdate laa kan blog nih.. kesian kat blog aku ni terabai.. and maafkan juga kat kengkawan semua kerana tak dapat nak jenguk² blog korang... siyes tak sempat kalau ada masa pun time tu adalah waktu untuk aku tidooo!!

Aku dilahirkan pada 12 disember 1985 di Hospital Besar Kuala Lumpur ( skang BESAR tu dah tak). Nama penuh aku Siti Nabilah binti Rosman..Anak sulong dari 4 orang adik beradik.. Dulu sekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Delima dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali di Jalan Ipoh.  Ada sesapa tak yang satu sekolah dengan aku!! Angkat tangan pls!

Lepas abes sekolah menengah.. aku sambung buat diploma IT di Kolej Ikram aka Kuala Lumpur Infrastucture University College.. Belajar malas tak berapa nak cemerlang sangat... Jadi tak dapat la nak pi mana² universiti awam. So after abes diploma aku gi walk in interview di PICC, dapat kerja di Commerce Dot Com Sdn Bhd.

Selepas 6 bulan aku kerja.. aku pun berniat nak sambung belajar tapi kesian kat mak ayah kan kalo aku berhenti adik² ramai lagi nak belajar.. jadi aku buat part time study buat degree di UTM Jalan Semarak, KL.

Dan kini dah 5 tahun lebih aku kerja kat Commerce Dot Com dan tak lama lagi hope habes laa aku belajar.. Tak larat rasanya kerja sambil belajar ni.. Lambat nak abes sebab dengan kerja lagi yang memerlukan aku bagi komitmen yang tinggi.. waa ayat macam orang penting je kan.. hahahah

So ini secara ringkas nya tentang diri aku.. Tak da pa pun yang menarik.. tapi sepanjang 25 tahun aku hidup ni.. banyak dugaan dan cabaran yang aku hadapi dan semua itu tak pernah buat aku rasa putus asa.. dan banyak juga kenangan pahit dan manis yang sentiasa berada dalam ingatan aku ini.. Dan semua itu mengajar aku untuk menjadi lebih matang...

Walau apa pun aku akan terus berusaha untuk menjadi insan cemerlang!! ya!! hahahaha apa da.. aku merepek ni..

Thanks a lot pada kengkawan yang wish hepi birthday..!!  muaahhh!♥

11 December, 2010

Sticky Mode: Gorjes Tee!!

Salam Semua ♥!!
Ok entry ini akan melekat di sini beberapa hari bagi tujuan mempromosikan blog baru aku.
Hehehe blog jual tshirt khas untuk kaum perempuan je buat masa ni.. sebab tuh nama gorjes!
herm gorjes ke? adeh.. saja nak bagi nama blog gedik² skit...


Untuk entry baru korang leh tengok kat bawah entry ni k..


Moh ler singgah yek jenguk² kalau ada yang berkenan order la eh..!!

notakaki: sila abaikan model sorang yg tak berape nak kurus tuh.. hehehe

04 December, 2010

Day 7 : Sape nak date ngan aku?

♥Assalamualaikum & Salam sejahtera ♥

Hohohoh... (gelak kaver) ye aku dah skip hampir seminggu tak update blog.. Musnah cabaran 30 hari berblogging aku, tapi aku rasa still sah lagi sebab bukan 30 hari berturut-turut kena berblogging kan.. Aku bukan sengaja...memang tak de masa nak jenguk, intai² pun blog nih..ni sume sebab stress + bosan = kerja. Hope korang leh terima yek alasan aku yang kukuh lagi  jujur nih.

Jadi cabaran ketujuh aku iaitu "Your idea of the perfect first date."

 
Ermm agak jiwang tajuk cabaran hari ni tapi tak pa.. aku akan gunakan daya imaginasi aku untuk membayangkan  first date yang sempurna bagi pandangan mata aku..Aku suka kan first date yang aku rasa tak macam first date or aku tak sedar tu first date ke?? ha macam tuh lah..... korang paham?? macam ada yang tak paham je ni..

Kira macam ni la.. kalau nak ajak aku date jangan tunjuk sangat yang ko nak ajak aku date sebagai teman yang special.. hahahhaha adehh susah ni nak explain .. Aku bagi contoh eh..

Contoh situasi:

Ali yang dah lama menyimpan perasaan kepada teman sekerjanya iaitu Mimi. Suatu hari  Ali mahu mengajak mimi kuar date...

Ali : Weyh, sabtu ni ko ada buat pape² tak?
Mimi: Tak de pape pun.. nape? 
Ali: Ko temankan aku boleh, aku nak cari kasut? tapi aku tak de idea nak cari kat ne.. ko ade idea?
Mimi: Ermm oo yeke, ok jerk.. try cari kat pavilion aa..
Ali: Ok gak, ko temankan aku eh, aku jarang gi sana..
Mimi: Ok no prob..

Heheh korang leh paham kan.. kan... angguk cepat kepala tuh.. bagus! Sebab bila aku tak rasa macam 1st date aku akan lebih rasa selesa. Aku selesa untuk bersembang, gelak , makan ikut suka.. hahhaah  dan pakai ikut suka. Tak da lah aku duk pening kepala.. baju ni cantik tak untuk aku? or makan pun kaver²... dan tetibe leh plak jadi blur tak tau nak sembang apa...Memang simptom-simptom tuh akan berlaku kalau aku rasa kan tuh adalah 1st date..

Secara keseluruhannya pendapat aku, bila kita rasa selesa sesama sendiri.. maksud  aku ada chemistry dan tidak perlu berpura-pura, ia menjadikan date kita itu lebih menarik dan sempurna..  tak perlu buat candle light dinner ke... dating tepi pantai ke or tempat-tempat yang konon² romantik cukup sekadar kita rasa selesa dan gembira.. 
Adakah jawapan aku bagi cabaran kali ini tak berapa nak memuaskan.. heheh sory yek kengkawan daya imaginasi aku tak berapa nak tinggi.. setakat tuh je yang aku rasa paling best untuk first date..Korang mesti ade idea yang gempak dan menarik kan.. so apa kata cam biasa share dengan aku oke?


notakaki: huhuh bulan nih dah genap setahun aku berblogging... doakan aku bertahan lama yek.. amin...