Blogger Tegar

31 January, 2011

Aku kena bayar ke??

Pagi ni sebelum gi ofis singgah bank jap.. nak pi bayar duit kereta.. kang simpan lama² duit ni bukan jadi bukit pun...hahhaha abes ada lah... So aku mintak izin bos aku nak masuk lambat sikit.. tapi dia tak reply msj aku.. maybe dia marah? or malas nak layan aku.. hohoho.. sebab aku asik nak mintak masuk lambat je .. dalam satu bulan ada lah beberapa kali..  

Mintak maaf ye bos... kalau nak pi waktu lunch ramai orang nanti aku tak dapat nak makan.. and masuk pun mesti lambat sebab ramai orang.. jadi better aku gi pagi².. korang setuju tak ngan aku?? Meh SEP!


Setelah selesai urusan aku  kat bank .. aku pun gerak terus nak ke ofis.. ops aku tipu.. aku pi singgah kat kedai nak beli breakfast.. ( adess dah la masuk lambat kan nak merayau lagi).. then ni betul² baru aku nak gerak gi ofis..  so otw aku nak gi ofis.. aku terpaksa membuat u turn.. aku tak pasti leh buat u turn ke tak kat simpang tuh tapi yang pasti ada sigboard no right turn . Jadi u turn komfem leh kan.. hahahaha... 

Sebelum nak buat u turn ada laa lori yang agak besar saiznya berada kat depan aku,.. dan dia pun selamba je buat u turn kat situ.. so aku pun follow... tengah sedap² nak u turn .. aku LUPA kot nak pandang.. OR maybe aku tak bajet yang kereta akan datang dari arah sana... Ada kereta viva honnn gila kuat !.. so aku tgk belakang skali ada kereta da... aiyoo!!! aku yang gelabah tetibe terus berhenti kan kereta... Fuh nasib baik doo.. kereta tuh pun berhenti gakss!! kalau tak komfem langgar punye.. 

Ye memang salah aku sebab tak tengok kiri kanan sebelum melintas membuat u turn... Minachi dalam kereta tuh pun kuar.. aku pun kuar laa.. Aku mintak maaf banyak² atas kelalaian aku.. eheheh.. 

Tapi dia macam tak dapat nak terima. So dia marah² and maki aku kot dalam bahasa tamil...hohohohoh... aku rasa memang macam maki je lain macam je bunyi nye kan.. hehehe..   aku kata laa sorry banyak kali.. and memang aku akui silap aku buat u turn kat situ. 

Ko tau apa dia nak kat aku?? die mintak aku bayar?? Hey asal pulak aku nak bayar... bukan kereta dia mengalami kecederaan pun.. aku tanya.. nak bayar untuk apa nih? dia kata sebab dia terkejut and rasa terganggu tak leh nak pegi kerja. Logik ke??


Aku kata laa kalau kereta dia kemek ke, dia cedera ke leh la aku bayar kan.. memang salah aku.. tapi ni tak de jadi pape pun weii..Dia tak peduli, and dia ugut aku kata nak call abg dia.. dia kata abg dia polis.. so aku kata call la.. erm aku tak salah pape pun..

Tapi waktu dia buat call tuh.. aku terus blah! ermm.. boleh ke aku buat camtuh?? aku malas nak duk lama² kat situ.. nanti dia bawak geng dia kot.. nanti abes lunyai aku kat situ.. betul tak apa yang aku fikir.

Kalau korang jadi aku.. korang buat cam tu gaks ke.. ke aku kena gi balai?? 

28 January, 2011

Tutorial:Tukar Header

Ok hari ini anda tidak bersama dengan Doktor Pakar Cinta ye beliau MC akibat demam cinta yang melantun²...So atas request dari seorang sahabat blogger yang bernama nadzirah razalli (siap mention nama tuh yang tak leh tahan) yela  kan korang kata aku syok sendiri kan buat tutorial..

heheheh  aku tak pasti beliau nak macam mana ? nak create header or nak tukar header? Jadi  aku buat yang tukar header je laa eh.. nak create header masing² dah cukup kreatip kan.. 

Aku assume korang dah ada header yang bersesuaian dengan jiwa korang yang melambangkan identiti korang oke.. chewahh!


Ni header sebelum ni .. so aku nak tukar ke header yang aku dah edit skit..

Langkah Pertama

Korang gi kat Design and pilih Page Elements. Then korang klik kat Edit.( refer pic eh)


Langkah Kedua

Akan appear macam kat pic atas. Then korang browse Header yang korang nak tukar dari PC korang ok. 
Klik Save. Then korang try view blog. Tengok hasil nya. 



Nampak, ada overlap kat situ.. Tak berapa nak comel kan.. Ni sebab kita salah pilih Placement masa configure header tuh. 




So tak pe, pegi balik kat configure Header pilih Placement " Instead of title and description"


Klik Save, and view blog. Taraaa... Kan dah siap..




Hanya perlukan 2 Steps je untuk tukar header.. Erm memang senang dan mudah.. And pls take note, andai korang nak tukar ngan header yang memang totally different dari sebelumnya , pastikan saiz dia sama ngan header yang sebelum .. So that tak de la nampak pelik nanti..

Selamat mencuba ! ( cam rancangan masak² plak)


27 January, 2011

Pink Itu Comell!

Ha.. jangan nak buat² terganga ek.. ni memang blog Lovely Bella yer kengkawan hahaha... perasan je kan aku bajet orang akan terkesima dan teruja masuk sini..

Okeh.. korang nampak and sedar tak atas sesuatu perubahan?? bukan perubahan aku yang makin kembang kot... tapi blog aku ni ... pink sudah... hoohohoh.. cantik tak?<-- ala² deco bersama eric

Sedeh aa lupa nak print screen blog lama... tak pa header pun jadilah..

Selamat tinggal pada blog purple aku tuh... bukan aku dah muak n benci nengok template tuh cuma aku rasa nak tukar selera... jadi gadis yang feminin skit...erk.. nampak tak kefemininan yang aku cuba tonjol kan kali ni... bukan setakat feminin tapi konon² lebih matang... adeh.. kalau nak muntah pi toilet cepat oke!

Aku pilih template ni sebab dia agak simple dan sebenarnya malas nak pikir n cari.. boleh kan? If korang ada cadangan or pilihan template len yang lebih menarik n tertarik n da bomb! sila maklumkan pada aku dengan kadar segera! eceh!

Oke mood nak merepek tak mai lagi.. so kengkawan hope korang singgah selalu walaupun blog ni dah berubah wajah..(emo tetiba.. iskk. isk.. isk..)

25 January, 2011

Serius Bangang!!!

Beberapa hari ini aku terima banyak panggilan dari no yang tak di kenali. And aku memang tak suka nak angkat no yang bukan dalam phonebook aku. 

Disebabkan aku tak angkat call aku terima msg dari seseorang:

Unknown: hai bella
Aku: sape ni?
Unknown: Kwn tagged. bella tgl no so sy col la.  you kt mane
Aku: Kwn tagge? i mane ade acc tagged?
Unknown:  Ni sape <--- dia tanye aku sape??? aik?
Aku: Bella. I yg ptt tanye u sape? n mane dpt no ni! <--- menunjukkan yg aku serius k
Unknown: Dlm tagged awak la. sy br add awak. bley tak nk kwn ngan awk
Aku: Sy takde tagged la!
Unknown: Abis sape letak no awk kt ctu
Aku: Kat tagged ke? Sy x pernah ade account tu. Leh bg details x?
Unknown: Sy br add td x approve. awk kt mn 

Aku stop sampai kat situ.. so aku  try search kat tagged. Pasal nama bella lingkungan umur 23 until 26 tinggal di malaysia.... So aku jumpa laa beberapa yang match ngan apa yang aku cari then aku jumpa ni..




Member since 30 October 2009?? gila lama dah kan... Aku tak paham laa nape perlu ade orang yang nak create account atas nama aku dan ko pampang no telefon aku..!! Gila ke ape?? Kalau ye pun ko nak guna orang lain nye profile tak yah susah kan aku boleh tak?? Seriously insane!!!

Aku tak leh nak delete account ni sebab bukan aku yang create. and memang agak bangang jugak laa bila ko tengok profile ko sendiri kat tagged .. yang orang lain create.. and sume nye  lansung bukan aku!!

Aku perasan sume details dia ambil dari blog and fb member aku.... Korang, Apa yang harus aku buat?? aku leh jadi gilaa bila orang duk call siang n malam... 

Untuk orang yang telah create kan tagged untuk aku... thanks banyak² eh buat phone aku berdering² ngan lunak nye... ( control emo.. fuh).. tunggu saje pembalasannye.. hohohoh(gelak jahat)

21 January, 2011

Does he love me?? Part 2

Jeng.. jeng.. 

Seperti yang di janjikan aku buat sambungan untuk entri kat bawah ni.. Alang-alang idea tengah nak ada ni.. Moh kita lihat ape lagi ciri-ciri lelaki  yang menyanyangi diri korang sepenuh nyer.. bukan separuh, suku ke.. tapi sepenuhnya..


4.Dia mendengar



Ha.. part mendengar ni paling penting beb.. dan korang pun tau perempuan suka bercakap... dan lelaki aku rasa macam payah sikit laa nak dengar.. especially kalau duk membebel² benda yang sama ja.. Dan spesis² yang suka mendengar ni memang jarang² ada, 

Lelaki yang mendengar ni bukan  'You command, he obeys'.. tapi bila korang bercakap dia dengar dengan penuh minat dan mata dia fokus kat korang.. bukan kat television, bukan kat dinding or surat kabar atau majalah.. Bila korang perlukan pendapat dia sedia memberi respon dan idea untuk korang rasa hepi dan tenang..

5.  Dia memuji


Dia perasan korang memang "berusaha" mencantikkan diri waktu bersama dia.. Dia notis oke! heheh and dia akan puji bila dia rasa korang sangat cantik pada hari tuh and selalu memberi pendapat apa yang lebih sesuai korang pakai pada pandangan mata dia..

Tak terkejut juga kalau memang ada lelaki yang ego dan tak nak puji pun.. heheheh bukan sebab dia tak sayang.. tapi.. ermm tu korang kena tanye sendiri la k.. huhuhu pasti nya lelaki ada jawapan yang tertentu untuk persoalan tu.

Perempuan, aku rasa memang suka di puji.. walaupun  kalau setiap kali di puji kita akan buat macam ni " eh tak de laa.. i biasa je".. " mana ada cantik.. biasa je ni" or " yelaa tuh.. nak jaga hati i la tu"..  Ha apa kata lengkali mengaku je cam ni " owh yeke i cantik .. i dah tau dah...thanks k" ( sila lempang aku kalau sampai).


6.  Dia take cara pasal korang.


Dia amik kesah dengan semua benda yang berlaku kat korang , tak kesah la waktu hepi ke sedeh  ke sakit ke sehat ke.. dia selalu nak amik tahu. Lebih² time sakit la kan.. dia jaga korang amik berat make sure korang sembuh cepat.. sebab kalau korang murung or sedih dia pun akan turut rasa kesannya..

Dia akan risau pasal keselamatan korang dan sentiasa pastikan yang korang sentiasa selamat.. waaa cam superhero dah kan.. 


Hehe.. ada lagi ni tapi kalau aku duk membebel panjang² kat sini aku cam tak konfiden je korang akan baca.. aku sambung part 3 nanti oke! boleh kan?? 

19 January, 2011

Does he love me?? Part 1

Salam Semua!!

Bersama kembali dengan doktor cinta tak bertauliah ni.. Hehhehee...

So hari ini tajuk entry, does he love me?? entry does she love me?? nanti aku buat entry lain eh...entry kali ni khas untuk kaum perempuan di luar sana..Ececehh!! ada rasa cam nak lempang aku tak? aku kawen pun belom.. tapi apa² pun korang layan kan saja eh...penuh kan ilmu di dada tuh.. hehehe

Bagi yang bercinta.. tentu kadang² korang ada tertanya² sama ada eh.. betul ke dia sayang aku? Dan aku pasti korang yang kaum perempuan ni rasa memang payah nak paham lelaki kan.. betul tak dan kita pun sebenarnya dah sedia maklum yang bukan semua lelaki pandai untuk mengekspresi kan apa yang dorang rasa.So maybe aku leh bagi la beberapa petunjuk dari sudut pandangan aku... jeng jeng... hohoho..


1. Dia memberitahu 

Kebanyakan perempuan tahu yang dia di sayangi tapi dia lebih suka nak dengar selalu dari mulut lelaki. Lelaki mungkin tak boleh nak cakap the actual words tapi dia cuba untuk tunjukkan secara tersirat yang dia sangat beruntung bila bersama dengan korang. Contoh? ermm lain orang lain cara..Tu korang kena pikir sendiri...

Dan sangat beruntung la kalau korang dapat bf or suami yang selalu sebut tiga perkataan tuh.. Untung laaa.. hahahaha



2. Dia menunjukkan

Some men aren't exactly good with words and expressing their feelings. So dorang akan pilih jalan sendiri untuk mengekspresi kan.. dia akan cuba buat perkara kecil atau besar ( kalau korang sedar) untuk tunjukan secara tidak lansung yang korang bermakna dalam hidup dia.

Contoh kalau yang dah kahwin dah ada anak kan..  dia tolong korang masak ke bagi korang relax skit atau layan anak² so that korang leh relax.. (pandai² kan aku ni)

And kalau tak kahwin maybe dia bawa ke tempat yang korang suka pergi or beli kan sumthing walaupun hari tu bukan birthday korang..

Yes, you may need to hear the words from him, but have you never heard that 'actions speak louder than words? '




3. Dia Heppy bila ngan korang

 Dia selalu ingat and bahagi masa dia untuk bersama korang walaupun sesibuk mana dia.. sebab walaupun dia ada problem or stress dia akan cari korang untuk dia rasa tenang and heppy.. And If dia tak cari korang and suka spend most of the time ngan kawan² dia berbanding korang itu tandanya dia tak heppy atau selesa bila dengan korang.. ( huhu betul ke eh.. ini apa yang aku rasa tau)
Yang keEmpat and seterusnya aku sambung nanti eh.. Boleh??

heheheh nak cari idea jap... huhu tetibe aku rase pelik nape aku (perempuan) buat entry nih... hahahaha.. adoi.. bukan patut aku bagi pandangan dari sudut perempuan ke.. adess!

sumber gambar: pacik google!

14 January, 2011

Bijak dari Bos? Baguskah?


Aku tengah mencuri masa di waktu kerja untuk menaip entry ni..( jangan tiru aksi ini, gaji di bayar untuk bekerja bukan berblogging) hohoho.. aku nak meluahkan rasa yang terpendam di hati ini.. hehehe...

Kalau dari tajuk tu pun korang leh agak dah kan.. apa yang aku nak membebel kat sini... Sebenarnya.. aku menyesal pun ada.. kenapa? sebab aku rasa aku bijak?? hahahaha gila perasan kan..  tapi kalau aku tak bijak aku  tak susah rasanya.. tentu bos takkan menyusahkan aku ngan kerja dia assign kat aku.. betul tak? kalau aku blur and lembap komfem bos aku tak percaya and malas nak layan aku.. and komfem gak aku tak berada kat tempat aku sekarang nih.. hohoho ampun kan hambaMu yang takbur nih.. 

Leh kata semua kerja kita buat, HR, admin, PR, customer service , project management, semua la.. cleaner je kot belum lagi.. Aku tau korang kat luar sana mesti rasa apa yang aku rasakan.. 

Bila aku tengok orang yang rapat ngan dia yang menjadi orang kuat dia semua nya yang  kaki dot dot dan dot.. dot lagi.. dan dot dot lagi..  ( malas aku nak taip wording² tuh) Dan yang paling penting kriteria yang utama yang boleh buat bos suka and ngam ngan bos aku ialah kau kena kurang bijak dari bos! Itu pasti! betul tak??  sebab bila ada kriteria tuh.. bos pun tak rasa tergugat and dia suka ja kalau orang ikut je apa yang dia nak..

Aku menyesal  juga bila aku ada kemahiran dalam sesuatu benda , aku dipergunakan hanya kerana ko mahir dalam bidang tu.. semua orang nak ambil kesempatan.. tapi sebab aku tak de kemahiran yang dot.. dot.. dot tuh.. aku tak disukai tapi hanya diperlukan untuk kesenangan dan kepentingan orang lain...

Kalau la aku ada rezeki kat tempat lain, perlukah aku tunjuk yang aku bijak atau aku patut buat cam blur,. blur jer ? Kata korang cam mana?

07 January, 2011

Pacik Google Yang Best!

Salam buat Semua ♥ 

Siapa yang selalu mintak pertolongan pacik Google? (angkat keyboard pls)

Macam ramai je ni... hehehe TQ kerana rajin angkat keyboard tu.. hohoho

Aku adalah salah seorang yang memang tiap² hari kot mempergunakan pacik google nih.. Tapi sebenarnya baru aku tau yang banyak lagi benda len yang pacik google leh tolong.. So aku share la ngan korang kan, mana tau korang leh menggunakan khidmat beliau.. hehehe (google aku dah promote nih, takkan tak de pape)

Cari wallpaper mengikut resolusi dekstop(auto) korang kat google image..

1. Pegi kat Advanced Image Search
2. Pastu gi kat “Exact size” klik pada “Use my desktop resolution”.
Then,gi kat “Content types”
3. Korang pilih “Photo content.”
4. Masukkan apa² perkataan or imej yang korang nak cari.


Cari jangka masa video menggunakan Google Video

Kalau tak silap aku laa kan.. tak de site yang kita leh search by duration video tuh.. btul ke? heheh...tapi kat
Google Advance Video Search korang leh pilih cari video yang korang cari mengikut masa yang korang nak.. contoh korang nak cari video yang lebih dari 20 minit..

Contoh aku nak cari video drama melayu yang lebih 20 minit jangka masa nya so aku gi kat "Duration"  and pilih "Long (>20min)" and aku  search drama melayu.. Then taraaaa... hehehehe

Detect bahasa yang korang tak pasti dekat Google Language Detector.

Contoh macam aku tak paham, and nak tau jenis bahasa ape yang dorang taip nih... 


So kita leh gi dekat Google Language Detector .. Copy then korang pastekan..

Korang jugak leh guna Google Translate gaks untuk detect apa bahasa yang digunakan..  ☺

Seperti yang korang tau.. google one of the most popular search engine in almost any country in the world.. 

So contoh la kalau kita nak tau apa yang sering dicari oleh sesetengah negara.. contoh kita pilih "Malaysia"  Negaraku yang tercintaa..korang leh cari kat Google Insights..


Ha ! nampak.. facebook rangking no 1 untuk rakyat malaysia! Tahniah! ehhehehe ..

Selain tu juga ngan Pacik Google yang serba tahu ni.. kita leh jugak kat Google Trends kita leh cari apa² info dan lihat peningkatan tentang info yang korang nak cari tu contoh.. aku cari tentang blogger, facebook, dan you tube. 

Ni result yang aku dapat.. huhuuh sedeh aa blogger tak bape nak memberansangkan peningkatannyaa.. 


Hohoho.. menarik tak info aku bagi ni.. hahaha ke korang semua dah tahu.. and aku baru tau... heheh kalau korang dah tau korang baca jugak k.. jaga hati aku skit.. heheheh...

Okelah.. so hope info ni dapat membantu korang.. korang.. korang kat luar sana..  

And one more thing.. Hope Blogger nyer trend meningkat laa mengalahkan Facebook!
Chaiyok Blogger!


01 January, 2011

GudByE 2010 HyE 2011 ^_^


Entry pertama dalam tahun 2011.. Hoye!!!!! Alhamdulillah aku masih lagi dapat meneruskan aktiviti berblogging.. sayang blog nih.. mmuuaah skit!!♥
Korang happy tak masuk tahun baru ni?? Ada yang sedih² tak??
Huhuhu hope semua gembira eh.. kerana aku juga gembira.. tahun baru.. hope hidup yang baru... kenangan yang baru, dugaan yang baru.. huhuhuh... semua baru laa.. kalau boleh nak tukar kereta baru.. tempat kerja baru..  gaji baru...bf baru.. opss.!! 

hehehe adess cari nahas kan.. ^_^

Bukan nak lupakan terus apa yang jadi pada 2010, tapi mana yang kenangan manis akan sentiasa terpahat dalam hati aku. Kenangan pahit pulak usah lagi di kenang... tak dapat apa pun.. hohoho kerana semua tu buat aku tak boleh nak teruskan hidup dengan gembira ..
semua dugaan yang aku lalui aku pelajari dan semua kesilapan yang pernah aku lakukan takkan aku ulangi..

Ada  macam lirik lagu tak? tetiba kan..emo..

Aku pasti korang dah set kan azam apa kan untuk tahun ni. Aku  banyak azam... duk kumpul dari tahun² yang lepas...
So dari banyak² azam aku secara kesimpulannya aku akan jadikan tahun baru ni sebagai langkah pertama aku untuk menjadi insan yang lebih baik, lebih cemerlang,  lebih terbilang dan lebih segalanya dari sebelumnya..

lebih berat badan je tak mau.. yang lain ok...
Selamat tahun baru aku ucapkan untuk semua!
ops dan..
Mohon ampun dan maaf andai aku ada menyakiti hati sesiapa di luar sana...