Blogger Tegar

28 October, 2010

Cik Anita Songeh Giveaway

Salam Petang yang ngantuk! ♥

Terima kasih yang melimpah-limpah buat sahabat blogger aku yang bername zuriey kerana mentag aku.. kamu penyelamat aku dikala aku tiada idea nak post ape. Kawan-kawan boleh singgah ke blog zuriey sebab banyak info-info tentang hiburan atau apa saja memang sesuai buat golongan yang memang pemalas gila nak baca surat kabar or majalah seperti  aku.. ^_*

Tag kali ni mudah saje.. tak perlu menjawab soalan banyak-banyak just buat satu entry seperti tajuk di atas dan mentag lagi dua sahabat blogger yang giler bertuah.. hohohoh senang bukan? 

  
Okey Cik Anita yang rajin and murah hati nak bagi hadiah pada yang bertuah.. hope aku la orangnya.. AMIN.. Bagus gak kan buat macam ni, dapat la aku kenal kawan blogger yang baru. Bila la aku nak bermurah hati nak buat giveaway macam cik anita ni yek..hehehe.

So orang yang bertuah gila yang kena tag dengan aku adalah.. jeng jeng (bunyi dram)
Ni wajib yerk tiada alasan ( gila strict kan aku ni)  .. tak pa sekali sekala paksa-paksa orang ape salahnya kan..

 Ops lupe nak bagi tau tarikh tutup nya adalah 30.10.2010 , dah tak lama je lagi nih.. cepat !! selagi sempat.. heheh

27 October, 2010

Festival pakaian Islam ala 1malaysia

Salam semua ♥

Hari ini aku malas nak taip panjang, idea tak berape nak ada dalam kepala otak ni.  Entry kali ni nak letak gambar je. Sebab dari gambar kita boleh lihat dengan jelas dan paham dengan lebih senang berbanding dengan tulisan ni.

Kalau aku membebel pun tak ramai yang nak baca kan.. heheheh .. aku pun kekadang malas nak baca kalau entry panjang lebar.. tapi aku memang suka taip panjang-panjang kalau aku ade mood tapi hari ini malas sikit sebab perut kenyang sangat kot. Pagi tadi  ada birthday party kat opis...

So berbalik pada topik di atas, jom kita lihat sebahagian gambar di Islamic Festival Fashion..

 Wow!! macam best kan.. kan..



 erm.. lawa awek ni..


 Ha.. ni lagi mantapp.. terbaik..


 Erm... macik ni pakai rambut palsu ke?ops...

 Senyum.. jangan tak senyum...


 Macam kenal je beliau ni...


 Waa.. ni rekaan yang paling mantap.. pehh..



Erm.. so amacam korang.. lawa tak design2 dorang ni.. Konfius gak kan.. tajuk Islamic Fashion Festival tapi... tapi.. no komen.. korang la je yang komen boleh?

notakaki: aku tak tau dari mana sumber gambar ni, aku dapatnya dari email seorang kawan.

Sekian, Terima Kasih.

26 October, 2010

Golongan Takbin!!

Salam Petang semua ♥

Tadi waktu lunch hour aku dan kawan-kawan makan di pantry sambil bercerita atau lebih jujur aku katakan bergosip.  Saja nak hilang kebosanan dan stress sewaktu bekerja. Jadi topik gosip cerita kami hari ini adalah mengenai golongan takbin bukan dustbin ye. Aku tak pasti sama ada korang pernah dengar nama panggilan ini tapi aku pun baru mengetahuinya dari seorang sahabat aku.
" Alaaaa.. dia tu memang takbin laa.. ape si lalala tuh nak dia beli, apa si lalalala tu cakap di ikut..kene marah kene tengking dia senyap je"
Bagi yang tak tahu apa maksud takbin tuh.. meh sini aku nak bagitau tapi bagi yang tak tahu korang buat-buat tak tahu je la ye.. maksud takbin adalah singkatan bagi TAKUT BINI yela kalo letak takbi macam tak sedap pulak kan. betul tak? atau korang ada nama singkatan yang lagi best dari takbin.


Kenapa seseorang tu boleh  tergolong dalam golongan takbin? Adakah dia seorang laki yang lembut ops maaf berjiwa lembut. Ataupun dia seorang lelaki yang malas nak keruhkan lagi keadaan , dia lebih rela mendengar bebelan si isteri dari bergaduh menyebabkan keadaan lebih parah.
Or maybe si isteri lebih kaya, lebih bijak, lebih besar badannya and lebih segalanya dari si suami. Menyebabkan si suami segan dan rasa rendah diri. Semua persoalan tu bermain di fikiran aku ketika aku dan kawan-kawan rancak bergosip di pantry.
Bila aku lihat mak dan ayah aku, emak seorang yang bijak, lebih berpangkat berbanding ayah. Tetapi emak tidak pernah meninggikan suara pada ayah dan sentiasa ingat pada tanggungjawab nya sebagai isteri dan ibu kepada kami semua. Walaupun emak penat berkerja tetapi dia masih melayan ayah dengan baik. 

Ini bukan kerana ayah seorang diktator atau garang tapi ayah seorang yang tegas dan mempunyai kharisma yang tersendiri sebagai seorang lelaki yang membuatkan emak begitu menghormati ayah.
Dah panjang rasanya bebelan aku kali ini, macamna nak buat closing ni.. adeh... Herm tujuan aku post kali ni saja nak share ngan korang semua tak da isu lain untuk aku bangkitkan.. jadi korang layan kan saja laa yek. 
Daaa...

24 October, 2010

You Again

Salam sayang muaahh!! ♥


Gila gediks intro aku kan..

Semalam aku dan En. Azhar Razwan pergi mid valley( tempat yang biasa kami kunjungi selain dari One Utama). Macam biasa hujung minggu adalah perkara wajib kami pergi menonton wayang. So movie kali ini adalah You Again.


Cerita ini mengisahkan tentang Marni (Kristen Bell) yang berkerja di salah sebuah agensi PR dan dia pulang ke rumah ibu bapanya untuk perkahwinan abangnya iaitu Will(James Wolk). Marni dapati bakal kakak iparnya Joanna (Odette Yustman) adalah pembuli yang selalu membuli Marni sewaktu dia di sekolah menengah.

Marni waktu di sekolah menengah adalah seorang yang tidak begitu cantik, nerd dan menggelabah. hehehe oleh sikap nya demikian dia sering dipinggir dan dibuli teruk oleh geng Joanna atau waktu itu Joanna dikenali sebagai JJ.

Ibu bapa joanna sudah tiada dan dia hanya mempunyai seorang makcik bernama Romona (Sigourney Weaver) datang untuk membantu dalam majlis perkahwinan Will dan Joanna. Lebih menarik lagi apabila rupa-rupanya Romona adalah bekas kawan baik kepada emak marni iaitu Gail ( Jamie Lee Curtis) semasa di sekolah menengah. Romona masih menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap Gail, oleh sebab yang masih belum selesai sewaktu mereka di sekolah menengah.

Marni tidak bersetuju akan perkahwinan yang bakal di lansungkan dan merancang untuk menghentikan perkahwinan tersebut. Marni tidak mahu abangnya Will menyesal dan akan tunjukkan kepada Will perangai sebenar Joanna.

Movie ni satu jam setengah, bagi aku jalan cerita yang biasa dan kelakar yang tidak keterlaluan. Kelakar tengok aksi dan gelagat ibu marni dan makcik romona yang sentiasa berlawan untuk tunjukkan siapa lebih bagus. Tapi aku macam tak puas hati bila adegan marni dan joanna bergaduh sekejap dan biasa ja.

Secara keseluruhan movie ini bagi aku santai dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat khususnya kepada kaun hawa .

Sekian, Terima Kasih.

20 October, 2010

Apa kes??

Salam Pagi semua!!♥

Mulai hari ini aku akan menaip menggunakan ejaan yang lengkap supaya mudah dibaca oleh semua lapisan masyarakat .. Terima kasih pada yang komen pada entry aku yang sebelumnya.. mungkin gaya penulisan aku sebelum ini yang menggunakan singkatan membuatkan orang malas dan bosan nak baca.. atau mungkin tidak paham lansung.. maaf ya!(saya budak baru nak belajar)


Pagi yang indah dan ceria dan aku memang sangat bersemangat hendak pergi kerja. Tatkala aku melangkah kaki ke luar rumah hendak menuruni tangga( rumah apartment ya kawan-kawan). ada senario yang kurang enak mengganggu pemandangan aku di pagi hari.


Ada seorang budak lingkungan usia 5 hingga 6 tahun, memakai uniform tadikanya berdiri di tepi tangga berhampiran rumah. Dia memandang ke arah aku sambil badannya menghadap ke dinding. Aku lihat dia membuka seluarnya di bahagian hadapan,terdengar bunyi air yang agak kuat la jatuh ke lantai. apa kes ni kan?Tanpa segan silu beliau boleh kencing kat situ sedangkan rumah dia dekat dengan tangga.

No wonder la dekat kawasan tu selalu berair ja aku tengok.. memang pencemaran betul teringat plak sebelum ni aku pernah pijak air kat kawasan tu. waaaaaa....


Adik and sesiapa saja di luar sana, please jangan sesuka hati kencing di kawasan yang tidak sepatutnya.. kawasan sepatutnya adalah di TANDAS!!


Sekian, Terima Kasih.

19 October, 2010

The Other Guys...

Salam Semua!! ♥

Hari ini aku hendak menaip menggunakan bahasa yang betul, maksud aku dengan ejaan yang betul tidak menggunakan bahasa yang ringkas seperti yang biasa kita gunakan sewaktu ber SMS.

Seperti tajuk di atas, the other guys.. bukan aku ada lelaki baru muncul dalam hidup aku tapi itu tajuk filem yang baru aku tontoni di panggung wayang sabtu lepas. Cerita yang sangat menarik dan kelakar sampai tidak kering gusi dibuatnya. And en.Azhar Razwan yang menemani aku menonton wayang ketawa terbahak-bahak seolah-olah panggung itu dia yang punya.


Cerita ini mengisahkan tentang 2 orang anggota polis yang tidak begitu menonjol antara polis-polis yang lain . Ini kerana ada 2 dua orang anggota polis lain yang sentiasa berjaya menyelesaikan apa jua kes yang berlaku di bandar tersebut dan menjadi idola masyarakat setempat. ( bandar apa? aku lupa.. maaf ya kawan-kawan). Dalam satu kejadian 2 anggota polis yang bagus ( yang menjadi idola itu) mati sewaktu mengejar penjahat.

Kematian mereka berdua , membuatkan sebahagian polis-polis gembira dan 2 anggota yang tidak menonjol itu mengambil kesempatan untuk menonjolkan kebolehan mereka dalam menyelesaikan kes. Dari situ bermula cerita tentang the other guys ini..Setakat itu sahaja yang dapat aku ceritakan di sini kerana taip dalam ayat sebegini membuatkan aku mengalami kesusahan dalam menyampaikan sebuah cerita.

Yang penting ,tidak rugi jika kalian semua menontonnya.


Sekian, Terima Kasih


notakaki: fuh.. berpeluh seh.. susah nyer nak cite kalo guna ayat skema cam kat atas nih.. hehehe yelaa aku x biase.. maaf atas ayat2 yang kurang nak smpai eh kat korang...


11 October, 2010

Geget KuKoo !!

Teringat dulu mase aku muda2 dulu... hehehe.. waktu sebelum gi skolah tengah tunggu bas.. Ade sorang kawan aku nih tegur...

Fazura(bukan nama sebenar): hey napee ko nyer kuku kontot2
Aku: ermm.. ermm.. ermm..
Fazura: Mak aku kate kan.. kite akan sakit perut kalo gigit kuku... sebab dalam kuku ade kuman..
Aku: tapi aku tak sakit perut pun .. kuku aku bersih.. ari2 aku sabun ngan sabun lux tau..( dengan nada berlagak)
Fazura: and mak kite pun ade cakap kalo kuku kite tak cantik nanti kite tak leh kawen.. (Bab ni mmg x bleh blah)
Aku: ape hal plak?? (emo sikit...)
Fazura: yelaa kalo kuku ko tak cantik bukan perempuan namenye...

Dari saat tuh aku cube berhenti dari gigit kuku.. amek mase yang lame gak aa.. tapi kate2 kawan aku time tu mmg mempengaruhi aku laaa saat tuh... takut sehh tak kawen.. hahhahhaha bleh tak macam tu? Aku tengok kuku adik2 aku len sume ok jerk... mcm org sll kate kuku gelas... macam aku kuku cawan... erm.. maybe mug kot.. hehehe

Skang aku dah x gigit kuku... yeke?? ade laa skali skala... itupun kalo kuku aku dah panjang sgt and aku tak jumpe pengepit kuku .. ye aku tau korang akan cakap tu semua alasan kan.. btul laaaaa.. aku tak jumpaaa pengepit kuku... siyess!


teringin nak kuku camni... huhuh kuku gelass...


Tapi pas habitat.. eh silap tabiat aku gigit kuku.. aku ade tabiat len.. gigit gak.. tapi gigit straw... komfem smpai bile2 pun aku akan gigit sebab aku rase air tuh tak berape nak sedap kalo tak gigit straw.. hohohoohh...and satu lagi aku tak suke orang share air ngan aku.. hahaha... air tuh aku sorang yang punyeeee!

hehehhe tapi tak pelaa aku kuku mug pun oke ape.. comey kan.. kan.. kan.. ( angguk cepat yek kengkawan)

Rahsia Kecantikan Asli Terbongkar!!

Salam Petang Sume ♥!

Hehehe tajuk nak gempak kan.. ntah pape laa aku nih.. Ekceli tu tajuk email yg aku trime... aku pun tetibe terklik.. ter yerk kengkawan.. adeh.. di bawah adalah emailnye.. .


lovelybella,

“Sebelum ini kulit muka saya kusam dan tak bermaya. Setelah mencuba
Pure Oil series 01, ramai yang telah memuji saya terutama suami. Kulit muka saya kini lebih licin dan gebu” - Mahani, 33 thn

“Saya suka menyertai aktiviti lasak menyebabkan tona kulit saya tidak sekata. Kini tona kulit saya kembali normal malah lebih cerah setelah menggunakan produk ini. Saya tidak lagi risau menyertai aktiviti lasak, Terima kasih ”- Akma, 28 thn

“Sebelum ini saya telah mencuba bermacam jenis produk tetapi tidak berkesan. Sejak mengunakan Secretleaf Pure Oil Series 01, jerawat di wajah saya semakin berkurangan dan kulit dan wajah saya lebih licin dan bersih. Bukan itu sahaja kulit saya menjadi lebih tegang dan kelihatan lebih cerah”- W Maznah

“Selepas gunakan Secretleaf Pure Oil Series 01, kesan regangan selepas mengandung makin berkurangan. Saya juga
gunakannya untuk menghilangkan parut di badan anak saya dan ianya sangat mujarab” - Siti, 33 thn, 012-2522930

"Alhamdulillah sangat berpuas hati dengan produk ini. Sebelum ni Kak Ju ada masalah jerawat pasir, jerawat nanah dan parut. Setelah 4 hari menggunakan Pure Oil Series 01, jerawat kering dan parut dah pudar" - Pn Junaidah, 41 thn, 019-4728924

“I dah pakai Pure Oil tu dah 4 hari, ramai yang cakap muka Kak Ayu macam orang umur 35 tahun .. hehe.” - Pn Rohayu, 47 thn, 013-6486894

lovelybella,, anda mungkin pernah membacanya di dalam
akhbar Harian Metro minggu lepas, dan inilah peluangnya untuk anda membelinya dengan HARGA PROMOSI RM57 (sementara stok masih ada). Gunakan untuk anda, untuk isteri/suami anda, keluarga anda, anak anda atau untuk sesiapa sahaja.

Lawati http://www.secretleaf.com.my/shop untuk pembelian online dengan menggunakan kad kredit, interbank transfer atau paypal dan tunggu sehingga tiga hari untuk produk terbaik sampai ke rumah anda.

Amacam korang berminat x? ececeh aku plak promot kat korang kan... aku try search camne rupe bentuk produk nyer... time kaseh pacik google kerane membantu saye..

Ade x ahkah-ahkak and adik kt luar sane yg dah cube produk nih... leh komen skit x? mane tau ok ke kan.. aku leh try bagi cerah skit kulit aku yg gelap nih.. hehehe "kerana diriku lebih berharga"


10 October, 2010

Penat + Bosan

Salam semua!!



Erm.. ari nih adalah weekend aku yg x bape nak besh sgt.... td mase nak gi mid valleyy jemm x hingat nyer... sume parking full jerk..!! yelaa sesak sbb ade career fair buat kat mid valley smpai esok.. aku pun ade gak singgah... kot2 ade keje yg menarik.. tp aku tak dpt nak explore sgt org rmai dan bile aku tnyer kebanyakannye utk fresh graduate.. huhuhu sedeyy! cmne ngan org yg berkeje mcm aku yg dah bosan ngan keje skang... aku pun nak cari keje len gaks!!!

Oleh kesesakan kat dalam career fair tuh same teruk ngan kesesakan kt luar mid valley.. jadi aku pun memblah kan laah diri aku dari situ.. nanti2 aku tengok kat jobstreet sudah... Fuh.. Pas tu aku kelaparan.. tetibe tekak nih mcm nak mkn chicken curry puff kat secret recipe... and ekceli aku ckup mls nak gi makan kt secret recipe mid nih.. sbb pnah skali aku pegi.. layanan dorang mmg teruk giler... tp sebab kan aku dah kepingin sangat aku pun gi... smpai kat sane.. ade 2 couple tgh tunggu...yelah dh dorang ckp " Pls wait to be seated" so aku pun wait laa kan.. wait punye wait.. pekerje kt situ mcm tak nampak jerk... yang dh ramai menunggu nak duduk nih... leh plak jenjalan n lalu lalang konon2 macam bz..ade jerk meja kosong...

Aku tau aku kurang sabar orang nyer.. lebeh2 lagi di kala waktu aku lapar.. mmg tak leh sabar beb... didih jerk aku rase.. aku pun memblahkan diri .. nih kedua kali aku blah dlm satu ari nih... Then.. huhu plan nak tgk magika tapi .. tak jadi sebab alasan yang tertentu.. makanya aku pun tengok cite Wall Street Money never sleeps....


Aaa siyess dari awal cite smpai sejam setengah aku tengok.. and waktu tuh klimaks pun lom lagi... aku tak paham.. and aku rase ngantuk gilerr!! jalan cite yang sloww... banyak cakap... tak de ape2 aksi tendang menendang atau ape2.. yela kan bukan cite gado pun kan.. tapi memang sangat bosan..Org jahat pun tak tau siape.. money mmg never sleeps tapi aku yg sleep dalam panggung tuh... jadi belum sempat cite tuh abes.. aku pun blah dari situ buat kali ke 3 dalam ari nih... blom pnah aku kuar sebelum muvi abes...

Korang ade tgk tak cite nih? if ade tlg bagitau aku ape cite nyer and ending nyer? hehehe

Kini aku kat umah.. aku nak tido dah.. tapi nak update blog smbil dengar lagu dari album Wow Jazz... layan siot lagu-lagu die... antarenyer.. korang pun maybe tahu.. L. O. V. E by Olivia Ong, Perhaps Perhaps Perhaps by Doris Day,The way u look tonite by Tony Bennet, Cant take my eyes off u by Vikki Carr.. hhehee banyak lagunyer ade 3o buah lagu dalamnyer... hanye bleh didapati di rock corner kengkawan.. hehe

Tenang jerk rasenyer diri ini bile dapat dengar lagu macam ni.... moga tido aku lena malam nih...Esok pepagi nak jogging.. erk ye ke jogging.. tak de laa aku walking jerk.. aku pemalas orangnyer.... oke yerk..

Selamat malam semua!!

08 October, 2010

Back off u moron!!!

Sorry kalo hasil tulisan yg bakal aku taip nih... kasar bagi korang yang bace... tapi post kali ni adalah amaran bagi seseorang yang menggangu idup aku sepanjang minggu nih...

FYI, tujuan aku blog bukan untuk nak cari gaduh... and aku x kaco org len.. so pls hormat!

Pada mulanye.. msg n komen ko kat shoutbox aku biarkan... aku anggap ko gile sex!! and bodo.. aku mls nak amik tau.. sbb dlm dunia cyber berlambak org macam ko!! x de mase aku nak layan!! ape yang aku leh buat ade lah ban ip sebab aku x tau dr mane ko dtg and sememangnyer ko pengecut laaa x buh link utk aku aku tau sape ko...

Tapi setiap kali aku ban ko tetap komen tanpa rase bosan and komen ko menjatuhkan maruah aku dan aku x tau ape masalah ko sebenarnyer!! x tau kenape gerak ati aku rase ko bukan org luar yang mmg giler sexx dan suke mengaco ketenteraman org...

kalo btul ko kenal aku...

Ni warning aku buat ko!!! if ko teruskan buat ape yang dah buat sepanjang minggu nih.... aku x kan teragak-agak laa nak amik tindakan.. and ko x kan terpikir ape yang aku boleh buat... setiap komen2 bangang ko tuh aku simpan...

Btw, if aku nih jahat ke, ape ke.. bukan ko utk judge aku!!! so gi mampus oke!! 

Waaaaaa!!!!

Salam Semua!!!! ( ngan nada yang tinggi skit)

Waktu aku menaip nih.. jam dah menunjukkan kul 12.14am... tik tok.. tik tok.. bising tull!! bunyi jam kat umah aku nih... ermm mungkin die dah tua.. sebab sejak aku duk sini.. mmg die dh tergantung dah pun.. bile agaknyer bateri die nak abes.. huhuhu... housemate aku sumee dah tido.. beshnyer!

Jadi sunyilah kt umah nih.. cume kdg2 jerk diselangi oleh bunyi aku menaip, bunyi jam, and bunyi aku merungut.. hahaha bunyik len pun ade tapi.. erm.. ermm... biar aku je laa yg tau oke.. :) Aku nak tido.. tapi keje aku banyak lagi x siap.. otak nih dah x de idea nak buat ape.. Pergh susah giler nyer keje sambil blajar nih... Siyes aku sgt penat! Bile aku nak abes blaja ha!! aiyaa! !

Utk kengkawan di luar sane aku nasihatkan kalo dpt blaja.. blaja smpai abes yerk.. jangan gatal nak keje.. and bile dah keje jgn ngengade nak blajar plak... Akibatnyer.. hermm.. korang pikir laa sendiri.. hehe

Tujuan aku post nih??

credit: pacik google

Saje.. nak buang mase ... sebab aku dah x leh nak siapkan keje.. and aku x nak terbawak2 dlm mimpi segala keje2 yang berlambak nih.... huhu.. part yang aku x leh tahan bile aku serabut aku akan kuat makan... sebelah aku nih satu balang kuih raye housemate aku bawak.. skang dah tinggal separuh... tadi aku dah makan.. satu ari nih.. aku asik makan.. makan.. makan.. nowonder laa sejak aku keje.. aku berkilo-kilo naik.. padahal 5 tahun lepas aku slim jerk.. ececehh..!!(sekali skala puji diri sndiri)

Puase ari tuh dah berjaye turun 4 kg.. skang nih rasenye dah tambah balik kot 4kg tuh.. waaaa!! sumenyer akibat keje.. keje.. keje... blajar.. blajar... dah ckup aku merepek.. Maaf ye kengkawan.. aku sedang mengarut.. and mmg x de tujuan ape pun aku menaip sekadar ape yg terlintas jerk skang.. and aku dah bersiap sedia nak masuk tido!!! aku x nak pikirkan perkare yang aku x leh buat.. biar laa esok or luse aku selesaikan.. hahahha

Gudnite sume!!!

06 October, 2010

Kene Tag lagi...

Salam ♥ semua!!

Korang sehat x?? aku selsema.. hasil jangkitan dari rakan sekerja... heheheh.. skang nih musim org demam laa.. batuk laa.. uhuk..uhukk.. sakit tekak laa...so dlm minggu nih.. muke aku kelihatan comot akibat selsema.. heheh abes mekap... adehh...

Okeh .. tag kali ini.. datang nyer dari sorang kawan blogger... name beliau ... hidayah kot.. tp kat blog die tulis xi da ya... heheh thanks dear.. kerane sudi mentag diriku ini... hhehehe

Nih aku nak jawab laa soklan tag nye..

Name one person who made u laugh last nite?
semalam yg buat aku gelak .. name beliau..Azhar Razwan..

What were u doing 1 hour ago?
ermm.. 1 jam lepas .. aku ke hulu ke hilir gi bilik bos... aaahhhh!!

What was the last thing u said out loud?
Shitt aaaa!!! - pagi tadi... (dalam keadaaan yang sgt stress)

Where's the next place you're going to?
Cyberjaya.. ade meeting...

What was the last thing u paid for?
Beli kebab n cempedak goreng kt psr mlm semalam... hehehhe

Where were you last nite?
Kat umah mengadap laptop...

What's the best ice-cream flavour?
Chocolate Chip Cookie Dough - Baskin Robbins.. nyami.. nyami

Do u wanna cut your hair?
x nak... last aku potong.. rambut aku dh rosakk.. aaaaaa nightmare!!

Do u love to 'melatah'?
melatah?? erm.. mcm opocot tuh ke?? sgt x sukee bile aku melatah ... heheheh

If that so (melatah), what will u said out loud?
Oit!! kot.. ntah.. bile melatah x ingat ape aku cakap..

What does the last text-msg received say?
Ye ke.. ok.. x per2... - from my housemate... heheh

Will u get married in da future?
huhuh insyaAllah... kalo ade jodoh..

Do u chew on your straw?
Ni antara tabiat aku bile aku minum menggunakan straw.. smpai naik hancur straw tuh..

Do u make up ur own words?
x perasan plak...

Is there anyone u like/love right now?
Ade..!!!

Tag 5 bloggers/more...
Kepada semua yg view blog nih.. and kalo rajin nak jawab soklan yg banyak kat atas nih.. hehehe

Ok Hidayah.. i'm done too!! heheheh


05 October, 2010

Crafted by Mei


Salam ♥ semua!!!

Ari nih hepii sebab dah dapat rantai pjg yg aku order dari sorang blogger nih... first time aku jejak ke blog die.. aku rase tertarik giler ngan bracelet, long necklace and earing yang die buat... mmg unik and yang penting x dpt nak jumpe kat luar...

siyes.. kreatif.. n cantik!! aku suke kumpul bracelet.. tp bile tgk design die aku jadi tertarik nak beli long necklace... aku x pnah pkai pun sebelum nih... heheeh nak try laa..pkai ngan baju yang plain ke.. agak sesuai kot.. heheh





Ni rantai nyer ... tp kalo korang nak tgk ngan lebeh jelas korang leh gi tgk kat blog die... gmbar lagi cantik tertarik menarik laa... hehehe aku nye hp murah jerk.. jadi x bape nak clear sgt gambonyer...


link die nih yerk kengkawan: craftedbyMei

notakaki: ari nih rase mcm x nak buat keje, nak gi blogwalking laa... la..la..la..la..

02 October, 2010

Blog terabai...

Salam Semua,



Huhuh... kecewa ngan diri aku yang x pnah nyer nak konsisten buat sesuatu perkare...contoh cam blog nih laa... erkk.. aku x de mase or aku mmg x de idea nak update ape kt blog nih....

Tapi aku rase mmg aku x de mase pung..!! heheh pas jerk raye... mmg x sempat nak jenguk blog.. or nak gi jenjalan tgk blog kengkawan... padahal leh je kan aku nak buh gambo raye ke.. openhouse member ke... ish.. ish..

Aihh... hope aku akan mempunyai banyak mase pasnih.. supaye aku dpt luangkan mengupdate blog and jenjalan ke blog kengkawan... rindu gilerrsss!!!