Salam sayang muaahh!! ♥
Gila gediks intro aku kan..
Semalam aku dan En. Azhar Razwan pergi mid valley( tempat yang biasa kami kunjungi selain dari One Utama). Macam biasa hujung minggu adalah perkara wajib kami pergi menonton wayang. So movie kali ini adalah You Again.
Cerita ini mengisahkan tentang Marni (Kristen Bell) yang berkerja di salah sebuah agensi PR dan dia pulang ke rumah ibu bapanya untuk perkahwinan abangnya iaitu Will(James Wolk). Marni dapati bakal kakak iparnya Joanna (Odette Yustman) adalah pembuli yang selalu membuli Marni sewaktu dia di sekolah menengah.
Marni waktu di sekolah menengah adalah seorang yang tidak begitu cantik, nerd dan menggelabah. hehehe oleh sikap nya demikian dia sering dipinggir dan dibuli teruk oleh geng Joanna atau waktu itu Joanna dikenali sebagai JJ.
Ibu bapa joanna sudah tiada dan dia hanya mempunyai seorang makcik bernama Romona (Sigourney Weaver) datang untuk membantu dalam majlis perkahwinan Will dan Joanna. Lebih menarik lagi apabila rupa-rupanya Romona adalah bekas kawan baik kepada emak marni iaitu Gail ( Jamie Lee Curtis) semasa di sekolah menengah. Romona masih menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap Gail, oleh sebab yang masih belum selesai sewaktu mereka di sekolah menengah.
Marni tidak bersetuju akan perkahwinan yang bakal di lansungkan dan merancang untuk menghentikan perkahwinan tersebut. Marni tidak mahu abangnya Will menyesal dan akan tunjukkan kepada Will perangai sebenar Joanna.
Movie ni satu jam setengah, bagi aku jalan cerita yang biasa dan kelakar yang tidak keterlaluan. Kelakar tengok aksi dan gelagat ibu marni dan makcik romona yang sentiasa berlawan untuk tunjukkan siapa lebih bagus. Tapi aku macam tak puas hati bila adegan marni dan joanna bergaduh sekejap dan biasa ja.
Secara keseluruhan movie ini bagi aku santai dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat khususnya kepada kaun hawa .
Sekian, Terima Kasih.

18 Org suka Komen..:
ahkak suka tgk movie romantic comedy nie. Mcm besh ajer movie nie kan.
bella pun suke tgk cite romedy..enjoy jerk tgk...
bez ek movie ni...mmg hobby sy tgk movie..weekend ni je xdpt tgk muvi..bz2 study..haha sok meeting la..report xsiap lagi ni...
ah! wayang lain la plak....
*The other guys dah tengok!! haha lawak gile ah~
nak try layan citer nieh la...
haidi takeAfoto: boleh laa.. tp x tau laa kalo laki leh layan ke x cite nih.. hehehe
HEROICzero:ehheeh aku tiap2 minggu wajib nengok wyg kalo x.. rase mcm ape ntah..
men!t! senja: hahahhaha erk.. cite nih cam sesuaii utk pmpuan je weyh...
memang enjoy tgk citer ni.. leh tahan la lawak
wewitt...aku pun fes time gak singgah sini..hehe
cite tu da leh dload kt intenet x?
hahaha..kejinye aku
zuriey: tuh laa... okelah kan untuk hilang kan kebosanan
[-]xtionkamen: erk.. rs ade dah kot.. adek aku kate laa.. hahahhaha
cam bes je...nk tgk la.
ko ni elok jd wartawan la.."pengkritik movie"..ha ha ha...
time single ni ko tgk puas2 wayang..pas kawin nanti"anti wayang"...:P
iena:heheh tgk tau.. jgn x tgk..
wan sujaihah: huhuhu nape anti wayang plak?? ermm tuh jerk aktiviti yg leh dibuat hujung minggu..
wah review kelerz nih..
sy suke..chill jer kan..
kaum hawa mmg suka tgk cite cmni. macy kdg2 lyn jugak tp byk tgk action muvies. hik3
dah lama tak tgk wayang...rindu rasa...
mahira oya: hehehe btul2..
macy:aah bella suke action muvi tp kdg2 layan gaks romedy nih..
intankuterpilih: ermm gi laa tgk wayang...mesti ade mase yg free kan.. :)
Post a Comment